Utusan Borneo (Sabah)

Mencorak jati diri rakyat

Pidato Negaraku Jabatan Penerangan

- sumbangan Jabatan Penerangan

P

ENGANJURAN Pertanding­an Pidato Negaraku Jabatan Penerangan (Japen) dilihat mampu meningkatk­an kefahaman rakyat dan generasi muda terhadap aspek pembanguna­n negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pertanding­an itu mampu menanam kefahaman rakyat terhadap aspek pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an kerajaan hari ini.

“Penganjura­n ini merupakan antara usaha murni kerajaan meningkatk­an semangat kebersamaa­n menjunjung amanah mencorak jati diri rakyat khususnya di Sabah.

“Melalui berpidato dapat menyemai inspirasi dan memupuk percambaha­n minda positif dalam memberi penerangan lengkap, padat, sahih, konkrit serta terperinci mengenai dasar, hala tuju serta fokus kerajaan menuju sebuah negara maju,” katanya.

Jelasnya, perkongsia­n ilmu itu menjadi wadah dan titik kesinambun­gan berterusan untuk setiap lapisan masyarakat dari pelbagai generasi dalam menyemarak­kan rasa cinta luhur demi kemakmuran dan kedaulatan negara.

Hajiji yang juga pengerusi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah turut menyatakan rakyat harus terus memperkuku­hkan perpaduan merentasi sempadan anutan agama, kepercayaa­n, fahaman, bangsa dan tempat dalam membina kemajuan serta tanggungja­wab bersama.

Beliau menggesa agar semua pihak memainkan peranan menyampaik­an maklumat sahih dan tepat mengenai dasar kerajaan agar rakyat sentiasa peka serta faham seterusnya dapat menangkis tohmahan palsu daripada pihak yang sering menggugat keamanan negara ini.

“Suka saya mengingatk­an bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira suku kaum, agama, latar belakang dan fahaman politik dalam meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Justeru, saya amat menyokong dan menghargai pelbagai usaha serta komitmen daripada pelbagai agensi kerajaan dalam usaha membantu

kerajaan menyampaik­an maklumat tidak kira di bandar mahupun di luar bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertanding­an Pidato Negaraku peringkat negeri Sabah anjuran Japen Sabah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran, pagi Ahad.

Terdahulu, Pengarah Penerangan Sabah Suwadi Guliling berkata seiring dengan kepesatan teknologi maklumat kini, Japen terus mengorak langkah memperkasa peranan serta fungsi sebagai penyampai maklumat lebih tepat, berwibawa agar masyarakat mendapat informasi lebih berkredibi­liti dan sahih.

“Ini kerana, masyarakat hari ini perlu terus dipandu dalam keinginan memperoleh­i maklumat sahih terutama kalangan generasi muda yang sangat sinonim dengan penggunaan media sosial.

“Sejajar dengan tema pertanding­an pidato tahun ini iaitu ‘Negaraku Sehati Sejiwa’, iamampu meningkatk­an rasa kecintaan dan bangga terhadap pembanguna­n negara,” katanya.

Pada pertanding­an itu, Fatin Daratul Ain Sari @ Asri merangkul johan mewakili Bahagian Pantai Barat Utara seterusnya memperoleh hadiah wang tunai RM1,500 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Manakala naib johan pula menerima hadiah bernilai RM1,000 berserta trofi dan sijil yang dimenangi oleh Mohd Lukman Al Hakim Low, wakil Bahagian Pedalaman Atas dan tempat ketiga memperoleh­i RM500 berserta trofi dan sijil disandang oleh Dahlan Badue, wakil Bahagian Tawau.

Johan akan mewakili Sabah ke Pertanding­an Pidato Negaraku peringkat kebangsaan yang diadakan di Negeri Sembilan pada Ogos nanti.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran Abdul Mohd Ibnu Haji Abdul Kadir Baba; Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran merangkap Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pelaksana Romli Darus; wakil Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Selvester Sopitang; Pengerusi Permuafaka­tan Komuniti 1Malaysia Negeri Sabah Tahir Hj Mohd Soon; dan para pegawai Japen.Artikel

“Suka saya mengingatk­an bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira suku kaum, agama, latar belakang dan fahaman politik dalam meningkatk­an taraf hidup rakyat. Justeru, saya amat menyokong dan menghargai pelbagai usaha serta komitmen daripada pelbagai agensi kerajaanda­lamusahame­mbantu kerajaan menyampaik­an maklumat tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah johan kepada Fatin (dua dari kiri) sambil diperhatik­an Suwadi (kanan) dan Romli (kiri).
HAJIJI (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah johan kepada Fatin (dua dari kiri) sambil diperhatik­an Suwadi (kanan) dan Romli (kiri).
 ??  ?? FATIN (tengah) bersama pemenang naib johan Mohd Lukman (kiri) dan tempat ketiga Dahlan (kanan).
FATIN (tengah) bersama pemenang naib johan Mohd Lukman (kiri) dan tempat ketiga Dahlan (kanan).
 ??  ?? FATIN menyampaik­an persembaha­n pidatonya.
FATIN menyampaik­an persembaha­n pidatonya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia