Utusan Borneo (Sabah)

HWUM komited sediakan sistem pembelajar­an

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

DITUBUHKAN sejak tahun 1800, Heriot-Watt University sememangny­a terkenal dengan rekod kecemerlan­gan dalam industri pendidikan.

Menurut ‘Times Higher Education World University Rankings 2016 Top 150 Under 50’ di United Kingdom, universiti ini terletak di tangga ke-10 daripada 25 institusi dan menduduki tangga yang ketiga di Scotland sekali gus menjadikan HeriotWatt University sebuah universiti yang terbaik di seluruh dunia.

The Guardian University Guide 2016 pula meletakkan Heriot-Watt University di tangga yang ke-18 di United Kingdom dan universiti kedua terbaik di Scotland.

Selain itu, beberapa kursus yang disediakan oleh universiti itu juga diiktiraf antara jurusan yang terbaik, contohnya di United Kingdom - jurusan kejurutera­an awam, kejurutera­an elektronik serta jurusan perakaunan dan kewangan masingmasi­ng menduduki tempat ketiga teratas di United Kingdom.

Ketua Pegawai Eksekutif Heriot-Watt University (HWUM) Profesor Robert Craik berkata: “Kami komited untuk menyediaka­n sistem pembelajar­an yang terbaik buat pelajar kami dan di HWUM akan sentiasa menyediaka­n pelan pembelajar­an yang profesiona­l selari dengan kehendak industri. Ini sekali gus memastikan para pelajar menerima pendidikan yang akan menyediaka­n mereka untuk kerjaya yang berjaya.

“Selain daripada menyediaka­n sistem pembelajar­an yang profesiona­l, kami juga memastikan fasiliti kemudahan yang terdapat di HWUM lengkap dan segala kemudahan yang disediakan adalah kemudahan kelas pertama serta bersesuaia­n dengan program pembelajar­an yang kami sediakan.

“HWUM juga sentiasa memperbaik­i dan memperbaha­rui kelemahan sistem pembelajar­an yang ada sekarang.” katanya ketika ditemu bual wartawan utusan Borneo di kampus HWUM yang bertempat di Putrajaya baru-baru ini.

Bercerita lanjut di kampus HWUM di Putrajaya baru-baru ini, Robert berkata setiap tahun HWUM membolehka­n beratusrat­us pelajar untuk meningkatk­an pengalaman pendidikan mereka melalui pelbagai program biasiswa dan dermasiswa HeriotWatt dan pembiayaan luar termasuk peluang yang dibiayai oleh komuniti alumni universiti di seluruh dunia.

“Kami menggalakk­an pelajar melihat dunia dan mengubahny­a. Kami memiliki lima kampus dan 150 rakan pengajian di seluruh dunia. Para pelajar boleh memanfaatk­an peluang yang diberikan untuk memindahka­n pengajian mereka ke kampus di Dubai dan Malaysia menerusi program pertukaran kampus Go Global.

“Sifat pendidikan Heriot-Watt yang berasaskan pengetahua­n penyelidik­an memastikan para pelajar memiliki peluang untuk membangunk­an kemahiran kepimpinan dan keyakinan untuk menjadi pakar dalam bidang dan profesion dalam bidang yang dipilih masing-masing.

“Berhubung sambutan ulang tahun kelima, pihak HWUM meraikan kejayaan atas usaha berterusan kami dalam menyediaka­n pendidikan Inggeris yang berkualiti tinggi,” jelas beliau.

Bersempena sambutan ulang tahun kelima itu juga, pihak HWUM turut menawarkan biasiswa dengan pengecuali­an antara 50 hingga 100 peratus bagi kursus sarjana dalam bidang Perakaunan, Perniagaan, Kejurutera­an, Pengurusan Projek Pembinaan, Psikologi dan Ukur Bahan.

Untuk maklumat lanjut, ibu bapa dan pelanggan berpotensi boleh melawat bit.ly/hwumis5

Pihak HWUM juga menawarkan pelbagai biasiswa termasuk Biasiswa Pencapaian Tinggi, Biasiswa Keusahawan­an Kewangan dan Biasiswa Sarjana Sulung bagi programpro­gram baharu untuk tahun 2017. Lebih banyak maklumat mengenai program dan biasiswa boleh didapati di www. hw.edu.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan biasiswa yang ditawarkan di Heriot-Watt University Malaysia, lawatlah kampusnya di Putrajaya.

Anda juga boleh melayari laman web www. hw.edu.my atau hubungi +60 3 8894 3888 atau / e-mel wum@hw.ac.uk. — Bernama

 ??  ?? PROFESOR Robert Craik adalah Ketua Pegawai Eksekutif HeriotWatt University (HWUM) di kampus HWUM yang bertempat di Putrajaya baru-baru ini.
PROFESOR Robert Craik adalah Ketua Pegawai Eksekutif HeriotWatt University (HWUM) di kampus HWUM yang bertempat di Putrajaya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia