Utusan Borneo (Sabah)

SK Limbang sasar tiga murid perolehi 6A UPSR

-

Kebangsaan (SK) Limbang antara sekolah terbaik di Limbang menyasarka­n sekurang-kurangnya tiga muridnya memperoleh­i 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) September depan.

Guru Besar SK Limbang, Kartini Hasbollah berkata, untuk mencapai sasaran itu pelbagai persiapan rapi dijalankan untuk melonjakka­n prestasi pendidikan sekolah baharu itu.

“Pelbagai persediaan dijalankan melakar keputusan membanggak­an dalam UPSR sekali gus menjadikan SK Limbang antara sekolah terbaik di sini,” katanya ditemui pada Hari Terbuka Majlis RamahTamah di sekolah itu, baru-baru ini.

Kartini berkata, antara program dijalankan untuk mengharung­i peperiksaa­n itu termasuk Program Motivasi Tahun Enam, Program Intensif, Kelas Bimbingan selain melakukan analisis dan dialog prestasi untuk tindakan susulan.

“Ibu bapa turut membantu menyumbang­kan bahan-bahan pembelajar­an untuk muridmurid tahun enam.

“Klinik pembelajar­an subjek lemah juga diadakan sebanyak tiga dengan mengajak muridmurid berkampung di sekolah dan pelbagai latihan dibuat, lebih kepada rakan bimbingan sebaya,” ujarnya.

Pada masa ini, SK Limbang mempunyai seramai 433 murid termasuk 64 murid tahun enam, 39 guru dan sembilan staf sokongan.

SK Limbang pernah melakar nama dalam bidang akademik, luar kelas dan kokurikulu­m di peringkat negeri dan kebangsaan.

Antaranya mencipta nama dalam Pertanding­an Kemerdekaa­n Peringkat Negeri, Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri, Pertanding­an Inovasi Peringkat Negeri, Olaharaga Peringkat Negeri, NILAM Peringkat Negeri, Pertanding­an Bercerita Peringkat Negeri, Doktor Muda Pingat Emas Peringkat Kebangsaan dan pelbagai pencapaian membanggak­an.

 ??  ?? KARTINI (barisan kedua, duduk tiga kiri) bersama warga SK Limbang pada majlis ramah-tamah Aidilfitri, baru-baru ini.
KARTINI (barisan kedua, duduk tiga kiri) bersama warga SK Limbang pada majlis ramah-tamah Aidilfitri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia