Utusan Borneo (Sabah)

Pembudayaa­n inovasi dalam pendidikan penting lahir modal insan berkualiti

-

aspek inovasi dalam pendidikan penting kerana ia bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang kreatif malah turut menyumbang kepada modal insan yang berdaya saing serta dapat meningkatk­an ekonomi negara pada masa depan.

Timbalan Menteri Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata inovasi dalam pendidikan perlu diterapkan sebagai satu daripada bentuk polisi baharu, silibus, kaedah atau perubahan organisasi baharu bagi meningkatk­an sistem pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

“Kreativiti dan inovasi tidak hanya diasah, didedah dan dicorak melalui tadbir urus kerajaan tetapi ia juga dibudayaka­n di setiap sudut pengurusan sekolah serta dilaksanak­an semua warga pentadbira­n sektor pendidikan terutama para guru.

“Ini selaras dengan usaha kerajaan dalam memupuk kesedaran rakyat tentang kepentinga­n produk inovasi bermula di peringkat sekolah serta bantuan dan komitmen membantu penyelidik mengkomers­ialkan produk yang dihasilkan,” katanya kepada pemberita di Alor Gajah, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari KoAkademik, Hari Kerjaya dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi (SMKHK). Turut hadir Pengetua SMKHK Noridah Ab Rahim.

Abu Bakar berkata sekolah merupakan medium terbaik untuk menggerakk­an budaya inovasi dalam kalangan pelajar melalui kegiatan akademik mahu pun kokurikulu­m.

Beliau berkata selain itu, pendekatan inovasi melalui penganjura­n karnival pendidikan atau pengenalan produk di peringkat sekolah merupakan satu daripada pendidikan tidak formal yang mampu memberi kesan positif dalam kalangan pelajar untuk membudayak­an aspek berkenaan dalam kehidupan seharian mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia