Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Raya SM St John promosi perpaduan

-

MAJLIS sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah Menengah St John berjaya mempromosi­kan perpaduan kerana telah disambut oleh pelajar dan warganya yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Majlis di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) itu telah berjaya memupuk semangat perpaduan dan berkongsi perayaan selaras dengan harapan negara yang ingin mewujudkan semangat 1Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat­nya.

Penyelaras Program RIMUP Syukri Moktar melahirkan rasa gembira kerana semua pelajar dengan hati yang terbuka meraikanny­a walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Sambutan perayaan di sekolah ini merupakan acara tahunan di bawah RIMUP yang menghimpun­kan perayaan Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan, Hari Deepavali dan Hari Raya.

“Ini merupakan salah satu aktiviti luar kelas yang dijalankan di sekolah ini demi memastikan wujudnya semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum,” katanya.

Dalam ucapannya, Penolong Kanan HEM A Razak Othman mengucapka­n terima kasih kepada semua jawatankua­sa pelaksana sambutan kerana majlis berkenaan cukup bermakna kepada seluruh warga sekolah.

Beliau mewakili warga sekolah yang beragama Islam mengucapka­n Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua murid dan kakitangan beragama Islam di sekolah itu.

Sambutan penuh warnawarni itu turut diserikan dengan dendangan lagulagu raya, tarian serta pertanding­an busana anggun dan bergaya kategori murid lelaki dan perempuan. Jamuan makan juga disediakan kepada semua yang hadir.

Bagi kategori lelaki pertanding­an busana anggun dan bergaya, johan disandang oleh Mohd Daniel Iman Jacob, tempat kedua Mohd Naufal Wafi Jimran dan ketiga Mohd Zulfadhli Banjamin.

Sementara kategori perempuan pula dimenangi oleh Nurizzatil fatihah Jimran, tempat kedua Alyssa Wong dan Nurfarahti­qah Abu Bakar ketiga.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin, Yang Dipertua PIBG Yap Yun Tshung dan Penolong Kanan Kokum Banjamin Hj Atin.

 ??  ?? ALBERT (lima dari kiri) bersama para pemenang busana anggun dan bergaya.
ALBERT (lima dari kiri) bersama para pemenang busana anggun dan bergaya.
 ??  ?? WARGA SM St John pelbagai bangsa dan agama yang hadir.
WARGA SM St John pelbagai bangsa dan agama yang hadir.
 ??  ?? YAP (kanan) menjamu juadah yang disediakan.
YAP (kanan) menjamu juadah yang disediakan.
 ??  ?? DATIN Faridah melayan tetamu di majlis itu.
DATIN Faridah melayan tetamu di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia