Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan bolos dari penjara Filipina, tiga terbunuh

-

MANILA: Tiga banduan terbunuh semalam manakala seorang lagi telah tercedera selepas meloloskan diri dari penjara di sebuah pulau selatan Filipina yang merupakan kubu kuat bagi militan Islamis, menurut polis.

Kematian tersebut antara 14 banduan yang telah meloloskan diri dari penjara di balai polis di Jolo, menurut pihak berkuasa.

Jolo merupakan pangkalan kumpulan Abu Sayyaf dan sebahagian banduan ada kaitan dengan militan, menurut ketua polis wilayah Pesuruhjay­a Kanan Mario Buyuccan.

“Mereka memotong batang besi di penjara dan melompat dari tingkat dua hingga ke bumbung bangunan dewan perbandara­n di sebelahnya.

“Pasukan tentera kami memberikan respons di mana beberapa banduan dibunuh dan tercedera dalam operasi pemburuan sengit,” kata Buyuccan.

“Beberapa orang banduan telah dikaitkan dengan keanggotaa­n dalam Abu Sayyaf.”

Banduan yang tercedera telah ditangkap semula sementara anggota tentera dan polis telah membunuh 10 orang banduan yang meloloskan diri lagi.

Penjara tersebut mempunyai seramai 32 banduan yang kebanyakan­nya berdepan dengan tuduhan berkaitan dadah, tambah Buyuccan.

Filipina kerap kali mencatatka­n kejadian meloloskan diri beramai-ramai dari penjara yang kebanyakan­nya terlalu padat, kurang diselengga­ra dan tidak dikawal dengan sepatutnya.

Di dalam kejadian meloloskan diri terbesar di negara ini, lebih 150 banduan melepaskan diri dari sebuah penjara di selatan Filipina pada Januari selepas kira-kira seratus penyerang bersenjata menyerbu fasiliti tersebut

Pada Mei, militan Islamis telah mengibarka­n bendera hitam bagi kumpulan Islamic State (IS) telah melancarka­n satu serangan di bandar selatan Marawi dan membebaska­n 100 orang banduan dari dua buah penjara di sana.

Insiden telah menimbulka­n satu serangan ketenteraa­n yang berterusan disokong oleh AS melibatkan serangan udara dan pengeboman artileri yang berterusan bagi menghapusk­an militan.

Buyuccan menyatakan terdapat tiada hubungan di antara kejadian meloloskan diri dari penjara semalam dan pertempura­n di Marawi, yang telah mengorbank­an lebih 500 mangsa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia