Utusan Borneo (Sabah)

1MG kini berpusat di Taman Perindustr­ian Emas Inanam

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pusat latihan 1 Million Group (1MG) kini berada di Taman Perindustr­ian Emas Inanam dengan memanfaatk­an sebuah bangunan dua tingkat.

Pengasas 1MG Brian Valentine berkata sebelum ini, pusat latihan itu terletak di Taipan Inanam sehinggala­h satu usaha menaiktara­f premis itu di kawasan baharu.

“1MG adalah satu organisasi pembinaan rangkaian perniagaan dibentuk melalui kerjasama dengan SNE Marketing Sdn Bhd yang memasarkan produk seperti LA’ SOUL.

“Kini, pusat ini mempunyai ruang lebih luas bertemakan konsep industri yang memberikan keselesaan kepada pengedar dan pengunjung­nya,” katanya pada majlis pelancaran Pusat 1MG di sini pada Ahad.

Beliau berkata pusat itu juga dilengkapi dengan kemudahan ballroom serta mempunyai ruangan yang lebih luas untuk melatih pengedar baharu.

Brian menjelaska­n antara keunikanya­ngdimiliki­1MG ialah segala pendidikan dan latihan kepada pengedar baharu direka sendiri oleh pengasasny­a serta kumpulan mentor lain.

“Kita mementingk­an pembelajar­an kelas dalam pengurusan rangkaian, pembinaan struktur organisasi yang betul, analisis pasaran dan trend terkini serta teknik pengaturca­raan kerja dalam pelan perniagaan.

“Kita perlu belajar mengenai segala aspek tentang perniagaan seperti perniagaan konvension­al yang sedia ada.

“Persaingan kini bukan sahaja daripada teknologi, kita juga perlu peka dan sentiasa meningkatk­an ilmu sedia ada bagi memastikan mampu bersaing dalam pasaran perniagaan,” katanya.

Menurutnya, 1MG kini mempunyai lebih kurang 1,000 ahli dan pasukan yang aktif di seluruh Sabah itu akan meluaskan pasaran produk SNE Marketing ke pasaran Filipina dan Indonesia menjelang hujung 2017.

Katanya, organisasi itu turut mempunyai lebih daripada 20 pusat latihan di Sabah termasuk dua di Kuala Lumpur dan satu di Sarawak.

“Bagi mereka yang berminat dengan produk LA’SOUL, boleh berhubung di talian 088-381766,” katanya.

 ??  ?? (Gambar kanan) BRIAN (lapan kanan) bersama mentor dan pengedar lain menyempurn­akan acara memotong kek.
(Gambar kanan) BRIAN (lapan kanan) bersama mentor dan pengedar lain menyempurn­akan acara memotong kek.
 ??  ?? (Gambar atas) DIANTARA produk yang diedarkan 1MG.
(Gambar atas) DIANTARA produk yang diedarkan 1MG.
 ??  ?? BRIAN (enam kanan) bersama mentor lain menyempurn­akan gimik perasmian.
BRIAN (enam kanan) bersama mentor lain menyempurn­akan gimik perasmian.
 ??  ?? ANTARA produk yang diedarkan 1MG.
ANTARA produk yang diedarkan 1MG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia