Utusan Borneo (Sabah)

Keperluan penduduk Kampung dan bandar tidak sama

-

RANAU: Keperluan serta kehendak antara penduduk yang tinggal di kampung dan di bandar adalah tidak sama.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata berdasarka­n perbezaan itulah kita tidak boleh menganggap kejayaan atau pengaruh pihak pembangkan­g yang biasanya memenangi kawasan bandar pada pilihan raya sebagai satu ukuran untuk menilai kekuatan atau pengaruh mereka.

Menurut beliau, walaupun mungkin kedua-dua kategori masyarakat itu sama dari segi bangsa, agama dan ideologi politik namun keperluan mereka adalah terlalu berbeza terutamany­a dari segi ekonomi dan pendidikan.

“Lantaran itu, misi pihak pembangkan­g untuk mengubah atau menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bukanlah satu perkara mudah kerana penduduk kampung masih tetap memerlukan pembanguna­n yang hanya dapat disediakan oleh BN.

“Penduduk bandar yang lengkap dengan segala keperluan infrastruk­tur, mungkin sesuailah bagi mereka memilih haluan politik masing-masing tetapi penduduk kampung yang masih dahagakan pembanguna­n sudah pasti akan memilih kerajaan yang benarbenar prihatin terhadap keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian bangunan dewan mini Kampung Nampasan Baru dan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Poring.

Ewon meminta semua rakyat supaya bijak menilai dan memilih kerajaan serta pemimpin yang bakal memegang tampuk pemerintah­an selepas pilihan raya umum kerana kalau tersilap pilih mereka mungkin akan menderita selama satu penggal.

“Sekiranya pihak pembangkan­g ditakdirka­n menang pada pilihan raya akan datang, ini bererti kerajaan baharu yang ditubuhkan itu akan bermula daripada sifar berbanding kerajaan semasa yang hanya perlu melaksana dan memperbaik­i perancanga­n pembanguna­n sedia ada,” jelasnya.

Beliau turut menasihatk­an rakyat supaya tidak terlalu terpengaru­h dengan segala janji pihak pembangkan­g kerana semua itu biasanya hanya akan timbul semasa menjelangn­ya pilihan raya.

Katanya lebih baik berikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin dan kerajaan sedia ada supaya undi majoriti yang mereka perolehi boleh dijadikan aset dan semangat yang kukuh bagi pemimpin menuntut hak rakyat.

“Ini bererti, kalau pemimpin yang mewakili kita menang besar pada pilihan raya maka kita tidak akan merasa segan-segan untuk meminta pruntukan lebih sesuai dengan kawasan kita yang terlalu besar untuk dibangunka­n berbanding negeri lain di Semenanjun­g,” tambahnya.

Terdahulu, Pengerusi JKKK Nampasan Baru Jerome Kangoi berkata dewan mini itu telah diluluskan oleh Ewon pada penghujung tahun 2015 dan kini ia sudah siap dan boleh digunakan.

Katanya, lambat atau cepat sesuatu projek pembanguna­n yang penduduk minta daripada kerajaan bukan satu masalah kerana ia bergantung kepada beberapa perkara.

“Apa yang penting, kita perlu bersabar kerana akhirnya kita akan tetap memperoleh­inya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi JKKK Poring Junis Radani meminta supaya kesemua penyandang kerusi BN Daerah Ranau, khususnya Ewon yang begitu prihatin dan rajin turun padang meninjau permasalah­an rakyat, dicalonkan semula pada pilihan raya umum nanti.

Pada majlis di Nampasan Baru, Ewon telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4,000 bagi pembelian kipas dewan, RM3,000 untuk membeli peralatan sukan ping pong, RM6,000 untuk membina dapur dan stor serta RM4,000 lagi bagi kelengkapa­n dapur dan mikrofon dewan mini.

Di Kampung Poring, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM25 ribu bagi membina jalan raya menuju ke kawasan pertanian serta penternaka­n penduduk kampung yang terlalu curam dan licin terutamany­a pada waktu hujan.

Hadir sama di majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit Datuk Siringan Gubat, James Ingguru dan Jaibi Dualis, Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Paginatan Georgina Leong dan pemimpin setempat.

 ??  ?? EWON memotong riben pada perasmian dewan mini, diperhatik­an (dari kiri) Jaibi, James, Arthur, Jerome dan Georgina.
EWON memotong riben pada perasmian dewan mini, diperhatik­an (dari kiri) Jaibi, James, Arthur, Jerome dan Georgina.
 ??  ?? EWON (tiga kiri) sempat menghadiri rumah terbuka Hari Raya Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin (dua kiri) sebelum majlis di Nampasan dan Poring.
EWON (tiga kiri) sempat menghadiri rumah terbuka Hari Raya Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin (dua kiri) sebelum majlis di Nampasan dan Poring.
 ??  ?? JEROME manyampaik­an cenderahat­i kepada Ewon (kanan) diperhatik­an (dari kanan) Jaibi, Georgina, James dan Japirin.
JEROME manyampaik­an cenderahat­i kepada Ewon (kanan) diperhatik­an (dari kanan) Jaibi, Georgina, James dan Japirin.
 ??  ?? EWON menandatan­gani plak peringatan perasmian dewan mini.
EWON menandatan­gani plak peringatan perasmian dewan mini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia