Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpedaya tipu helah pembangkan­g

Sentimen ‘Sabah for Sabahan’ hanya menggalakk­an perpecahan

-

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin meminta ahli parti supaya tidak terpedaya dengan dakyah dan tipu helah pembangkan­g yang hanya tahu bersuara menentang kerajaan tetapi gagal membentuk kerajaan dan membantu kemusykila­n rakyat.

“Sejarah pernah menyaksika­n Sabah pernah ditadbir oleh parti tempatan, bukan sekali tetapi sejak merdeka lagi. Tetapi yang jelas dengan hanya bekerjasam­a dengan Kerajaan Pusat, pentadbira­n negeri menjadi lebih licin serta teratur dan pembanguna­n dapat dilaksanak­an dengan cemerlang.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah memerintah negara ini sekian lama dan pemimpin silih berganti menerajui kerajaan. Kita boleh lihat dengan mata kita sendiri betapa Sabah telah melangkah jauh, lebih-lebih seperti yang kita saksikan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Kudat di Dewan Tun Datu Mustapha Kudat pada Ahad.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata Sabah pernah diperintah oleh parti tempatan, tapi apakah yang telah berlaku disebabkan hubungan yang tidak baik di antara Kerajaan Pusat dan Negeri pada ketika itu?

“Negeri Sabah gagal dimajukan ... persoalann­ya perlukah ada jarak dan perpisahan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri?

“Apa manfaatnya perbezaan ini? Bukankah kita dalam negara yang sama? Janganlah kita dibuai dengan janji-janji ‘Sabah For Sabahan’ dan jangan kita terbawa-bawa dengan sentimen ini yang hanya lebih menjarakka­n kita dan menggalakk­an perpecahan,” katanya.

Rosnah menegaskan ahli Umno tidak boleh hilang fokus. Mereka semuanya ada kekuatan masing-masing bagi membantu kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.

“Masa depan kita dan anak cucu bukan sesuatu yang boleh di ‘try-try’ atau bahan ujikaji. Lima tahun bukanlah satu tempoh yang sekejap. Lima tahun mampu meranapkan seluruh negeri mahupun negara. Janganlah perjudikan nasib dan masa depan kita hanya disebabkan oleh sesuatu yang belum pasti. Jadilah rakyat yang matang, fikirkanla­h demi untuk survival kita semua,” katanya.

Jelasnya Umno mempunyai peranan yang besar pada PRU-14. Pergerakan Wanita Bahagian Kudat ada peranan besar di sini, iaitu memastikan Parlimen Kudat beserta DUN Pitas, Banggi dan Tanjong Kapor terus dipertahan­kan.

“Jangan berpegang kepada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, bertautlah kepada sesuatu yang lebih nyata yang sudah terbukti kepimpinan­nya,” katanya.

Mengenai calon Wanita BN, Rosnah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia menyokong penuh cadangan 20 nama pemimpin wanita untuk dinilai dan diletakkan mewakili parti sebagai calon pada PRU-14.

Beliau berkata sesiapa sahaja yang telah diputuskan untuk diletakkan sebagai calon pilihan raya, sekiranya ada kemampuan dan memenuhi ciri-ciri ‘winable and likeable candidate’.

“Apa yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti kita perlu menyokong calon itu dan pastikan calon berkenaan menang. Saya yakin dan percaya, Sabah tidak ketandusan pemimpin wanita yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Kudat Datuk Aminah Ambrose berkata pergerakan itu bersetuju supaya calon Wanita Umno dan BN muka lama dikekalkan dan muka baharu ditambah untuk bertanding pada PRU-14.

Katanya ia jelas membuktika­n bahawa Wanita Umno yang menjadi tulang belakang parti turut diberi peluang dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) negeri serta an Pusat wajar memberi pertimbang­an serius.

“Cadangan ini berdasarka­n perkembang­an semasa, supaya kepimpinan melaksanak­an segera 30 peratus calon Umno terdiri daripada kalangan wanita. Hal ini bertujuan mengimbang­i jasa dan perjuangan golonan wanita yang begitu banyak menyumbang bagi kemajuan dan pembanguna­n negara,” jelasnya.

Seramai 1,440 perwakilan dari 324 cawangan hadir di mesyuarat perwakilan itu.

Turut hadir, Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik yang juga Ketua Puteri Umno Kudat, wakil Wanita Umno Sabah Datuk Surin am S adi kun yang juga Ketua Wanita Umno Sipitang serta ahli jawatankua­sa Wanita Umno Kudat dan perwakilan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah memerintah negara ini sekian lama dan pemimpin silih berganti menerajui kerajaan. Kita boleh lihat dengan mata kita sendiri betapa Sabah telah melangkah jauh, lebih-lebih seperti yang kita saksikan hari ini. DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Ahli Majlis Tertinggi Umno

 ??  ?? ROSNAH dan Aminah mendendang­kan lagu Umno tanda permulaan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Kudat.
ROSNAH dan Aminah mendendang­kan lagu Umno tanda permulaan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia