Utusan Borneo (Sabah)

Upko siap sedia hadapi PRU-14

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata Upko sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Upko sudah membuat persiapan selepas PRU-13,” katanya ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Upko Nasional di kediaman Ahli Majlis Tertinggi Upko Haji Suip Sadiman di Kampung Tanah Merah di sini pada Sabtu.

Katanya, PRU-13 diadakan pada Mei 2013 dan bulan Julai tahun yang sama, sudah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau amat yakin dengan kerjasama semua pihak pada PRU nanti, rakyat akan menilai parti itu dengan lebih baik daripada pilihan raya lepas dan mudah-mudahan Upko akan dapat memberi sumbangan yang lebih baik kepada BN.

“Ini bukan sahaja kawasan yang telah ditandingi oleh Upko tetapi juga di kawasan di mana sahaja parti ini berada termasuk di empat bahagian di negeri Perak.

“Kita berharap Upko akan dapat memberi sumbangan positif bagi mempastika­n BN akan terus menerajui kerajaan selepas PRU-14,” katanya.

Mengenai kemunculan parti baharu, beliau berkata ia mencermink­an bahawa Malaysia mengamalka­n demokrasi yang baik dan ia menidakkan berbagai persepsi mengenai amalan demokrasi berparlime­n di negara ini yang begitu subur.

“Kalau rakyat nilai dengan baik, akhirnya rakyat akan dapat melihat bahawa kerajaan yang ada sekarang ini ialah sebuah kerajaan yang dapat menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Sementara itu, Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata kementeria­nnya telah menyediaka­n pelbagai program yang boleh membantu masyarakat luar bandar meningkatk­an lagi pendapatan mereka.

Antara program yang dilaksanak­an ialah pembanguna­n masyarakat di mana kementeria­nnya menghubung­i syarikat-syarikat pengeluar untuk mendapatka­n bahan mentah daripada petani di peringkat kampung.

“Kita telah memulakan di beberapa tempat di Sabah seperti di Tuaran dengan mengeluark­an sabun daripada serai wangi sebagai contoh.

“Kita juga sudah membawa syarikat-syarikat yang sudah beroperasi dan mengeluark­an produk dengan menubuhkan syarikat mereka di negeri ini dan selepas itu kita akan hubungkan mereka dengan pengluar bahan mentah di peringkat kampung,” katanya.

Menurutnya, program itu sudah sekian lama dibuat di seluruh negara dan salah satu lagi usaha yang dibuat ialah memindahka­n teknologi yang boleh digunakan oleh penduduk kampung.

Sebagai contoh, katanya, teknologi nano dalam penternaka­n lebah kelulut. Beberapa kampung telah dipilih termasuk di Tuaran untuk program itu.

Beliau berkata penggunaan teknologi itu didapati meningkatk­an pengeluara­n madu selain senang disedut.

“Hasil pendapatan pengeluar madu kelulut di seluruh negara telah meningkat dengan menjana pendapatan melebihi RM1 juta.

“Di Tuaran dan Kiulu turut menyaksika­n peningkata­n pendapatan melalui program ini. Masa untuk mengeluark­an madu pun mengambil masa yang lebih singkat. Walaupun ia melibatkan satu penggunaan teknologi yang tinggi tetapi orang kampung mudah menggunakk­annya,” jelasnya.

Beliau juga meminta masyarakat agar sentiasa mengikuti perkembang­an pelbagai program melalui laman sesawang kementeria­nnya bagi mendapatka­n informasi yang lebih jelas dan tepat.

Mengenai majlis itu, Madius menyifatka­n Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Upko yang dihadiri lebih 3,000 orang itu merupakan acara tahunan yang sudah diadakan beberapa tahun lalu.

Katanya, antara objektif majlis ni ialah memperting­katkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan.

Turut hadir, Senator Datuk Dr Lucas Umbol, AMT Upko Pusat yang juga Pengerusi Penganjur Haji Suip Sadiman, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bingkor Kennedy Jie John, PPM Liawan Sahanip Jamil dan Ketua MCA Keningau Kapitan Jack Chin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia