Utusan Borneo (Sabah)

Empat cawangan baharu AADK diwujud

Cawangan tersebut ialah Serian, Kota Samarahan, Betong dan Sri Aman

-

SIBU: Sebanyak empat cawangan baharu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diwujudkan di negeri ini dan mula beroperasi pada 3 Julai lalu.

Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh berkata, cawangan tersebut ialah Serian, Kota Samarahan, Betong dan Sri Aman.

“Hampir semua bahagian negeri ini sudah mempunyai pejabat AADK dan secara keseluruha­nya adalah 11 cawangan,” ujarnya pada sidang media selepas Program Simposium Pengupayaa­n Komuniti ‘Pendekatan Holistik Penyalahgu­naan Dadah,Cabarandan­Tindakan Strategik’, pada Sabtu.

Simposium itu dianjurkan oleh Majlis Tindakan Membantera­s Dadah (MTMD) Bahagian Sibu dan Pejabat Residen Bahagian Sibu.

Dalam pada itu, beliau berharap simposium itu dapat diperluask­an ke seluruh Sarawak pada masa akan datang.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata lebih 300 pemimpin akar umbi menghadiri simposium itu.

Beliauberk­ata,merekayang dijemput terdiri daripada pemimpin masyarakat, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Komuniti 1Malaysia danKawasan­RukunTetan­gga (KRT).

“Melalui simposium ini, saya minta masyarakat menggemble­ng tenaga dan usaha untuk memastikan komuniti bebas ancaman dadah.

“Suatuketik­adahulumus­uh utama kita adalah penjajah, namun hari ini musuh kita tidak lagi manusia penjajah tetapi dadah menjajahi kehidupan anak muda masa kini.

“Sungguhpun statistik penagihan dadah di Sibu seperti tidak membimbang­kan, namun masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh hadir tanpa disedari pada bila-bila masa,” katanya.

Tiong turut menggesa komuniti bekerjasam­a dan menggerakk­an usaha memastikan komuniti bebas daripada ancaman dadah.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee.

“Suatu

ketika dahulu musuh utama kita adalah penjajah, namun hari ini musuh kita tidak lagi manusia penjajah tetapi dadah menjajahi kehidupan anak muda masa kini.” DATUK TIONG THAI KING Adun Dudong

 ??  ?? TIONG (dua kiri) dan Hii (tiga kiri) dan yang lain menunjukka­n contoh jenis dadah yang dipamerkan pada simposium di Sibu.
TIONG (dua kiri) dan Hii (tiga kiri) dan yang lain menunjukka­n contoh jenis dadah yang dipamerkan pada simposium di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia