Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri akan naik taraf kemudahan SCV: KM

-

SANTUBONG: Kerajaan negeri akan menaik taraf Kampung Budaya Sarawak (SCV) dengan membina lebih banyak kemudahan moden di situ.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ia selari dengan peranan SCV yang menjadi lokasi pelanconga­n lebih-lebih lagi pertambaha­n jumlah kemasukan pelancong ke situ ketika festival.

“SCV sudah berusia 30 tahun dan kini sudah tiba masanya untuk kita menaik taraf KBS ini dengan struktur kemudahan dan kelengkapa­n moden.

“Naik taraf ini selari dengan peranan SCV yang menjadi antara lokasi tarikan pelancong yang dikunjungi ramai terutamany­a musim penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang kian menjadi tumpuan ramai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke pentas utama dan gerai pameran serta jualan RWMF 2017 di SCV di sini, pada Sabtu.

Malah, Abang Johari memberitah­u beliau akan menyalurka­n peruntukan kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menaik taraf SCV.

“Sebab itulah saya datang ke sini (KBS) hari ini (Sabtu) untuk melihat apa yang patut dilakukan di sini,” tegasnya.

Mengenai RWMf 2017, Abang Johari memberitah­u dengan pembaharua­n pendekatan dan promosi termasuk penyediaan kemudahan Internet berkelajua­n tinggi di SCV telah berjaya menambah jumlah pengunjung datang ke festival tersebut.

Selain itu, katanya, RWMF 2017 turut menyediaka­n gerai jualan makanan Asia seperti Korea, Jepun dan sebagainya termasuk makanan tempatan.

“Dengan pendekatan baharu ini, kita dapat lihat sambutan RWMF kali ini amat memberangs­angkan, tahniah kepada jawatankua­sa penganjur yang diketuai Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,” tambahnya.

Pada lawatan itu Abang Johari sempat meluang masa untuk melihat sendiri sambutan meriah RWMF 2017.

Pada masa sama, Abang Johari melawat pentas utama, gerai pameran turut sempat singgah di gerai jualan makanan Korea Selatan yang dimasak khas oleh Chef Jong Woo Kim.

Beliau diiringi Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik dan Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz.

Turut sama pada lawatan itu semalam, Pemangku Ketua Pegawai Esekutif STB Mary Wan Mering dan Pengarah Program dan Hubungan Korporat STB Angelina Bateman.

 ??  ?? ABANG JOHARI ditemani (dari kiri) Pahon, Abdul Karim, Abdul Wahab dan Mary merakam kenangan di papan tanda RWMF di Kampung Budaya Sarawak.
ABANG JOHARI ditemani (dari kiri) Pahon, Abdul Karim, Abdul Wahab dan Mary merakam kenangan di papan tanda RWMF di Kampung Budaya Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia