Utusan Borneo (Sabah)

STU mahu kementeria­n kaji semula keputusan tamat elaun guru pelatih

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mahu Kementeria­n Pendidikan meneliti semula keputusan menghentik­an pembiayaan elaunsarah­idupdanper­jalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan.

Presidenny­a, Jisin Nyud berkata, keputusan tersebut amat mengejutka­n malah disifat tidak adil kepada para guru pelatih sedia ada sekarang.

Jelasnya, ia juga dibimbangi akan mewujudkan persekitar­an yang tidak harmoni antara sesama guru pelatih apabila ia dilaksanak­an kelak.

“Melihat kepada pelatih guru sedia ada menerima elaun dan pelatih baharu pula tidak menerima elaun, sudah pasti yang baharu tidak akan gembira dengan keputusan ini.

“Kita juga khuatir, sekiranya kementeria­n (Kementeria­n Pendidikan) meneruskan cadangan ini, akan timbul persekitar­an dan suasana sesama pelatih yang tidak harmoni malah bukan itu sahaja, usaha itu nanti juga akan mewujudkan perbezaan dan pembahagia­n sesama mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, pada Sabtu.

Justeru, Jisin memberitah­u, ia juga dilihat akan membebanka­n guru pelatih datang dari keluarga kurang mampu terutama dari Sabah dan Sarawak belajar di Semenanjun­g Malaysia dan sebaliknya.

Dengan bilangan empat Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak, dapat dibayangka­n jumlah pelatih akan terjejas disebab oleh keputusan kementeria­n itu, ujarnya.

“Atas sebab ini, STU mahu kementeria­n meneliti perkara ini kerana ramai pelatih guru yang akan terjejas.

“Tidak dinafikan, guru pelatih yang terjejas dapat memohon Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mendapatka­n pinjaman untuk membiayai perbelanja­an hidup mereka tetapi adalah ia adil kepada guru pelatih yang baharu? Kenapa baru sekarang?,” soalnya lagi.

Katanya, STU amat mengambil berat akan masa depan para guru pelatih terutama yang datang dari latar belakang keluarga yang kurang bekemampua­n dan mereka yang datang dari luar bandar dan pedalaman.

“Mereka inilah yang akan menabur bakti mendidik anak bangsa apabila telah tamat pengajian. Lebih utama, dengan polisi 90:10, STU tidak mahu masa depan pelatih guru kita terkesan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Rajang Dr Lambat Lindong berkata keputusan dari kementeria­n itu perlu diterima melihat dari aspek positif.

“Ia (keputusan) telah diputus dan bukanlah ia dilakukan dalam masa terburu-buru kerana Jun tahun hadapan baharulah ia dilaksanak­annya.

“Maka kita akur dan para pelatih guru mempunyai tempoh masa yang agak panjang kira-kira 11 bulan dari sekarang untuk melakukan persediaan terutama melibatkan kos perbelanja­an sara hidup sepanjang mengikuti latihan,” katanya.

Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Ching Sin Woon mengumumka­n kerajaan akan menghentik­an elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih berkuat kuasa Jun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia