Utusan Borneo (Sabah)

Penubuhan JKKK salah satu strategi wujud masyarakat berdikari, proaktif

-

SRI AMAN: Penubuhan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) merupakan salah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat berdikari dan proaktif dalam pembanguna­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, organisasi JKKK berperanan sangat penting sebagai sebuah jentera pentadbir asas.

“Oleh itu, adalah amat mustahak pemimpin JKKK diberi latihan kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbira­n, pengurusan JKKK dan pembanguna­n untuk membentuk JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan maju.

“Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap adalah faktor utama dan kritikal untuk meningkatk­an pembanguna­n kampung secara lebih progresif dan tersusun.

“Pemimpin masyarakat, pemimpin tempatan dan institusi JKKK adalah ‘focal point’ apabila berhubung dan berbincang dengan kerajaan kerana projek dan bantuan yang disediakan kerajaan akan disalurkan, diterima dan diurus oleh mereka,” ujarnya.

Mong berkata demikian pada perasmian Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JKKK Rumah Alfred Renang, Rawan Ulu, Tanjung Bijat di sini, pagi Sabtu.

Menurutnya, pemimpin masyarakat masa kini perlu lebih peka tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Tugas mereka lebih mencabar dan sentiasa berubah selaras dengan perubahan yang berlaku sekarang akibat globalisas­i serta ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.

“Di sinilah pemimpin masyarakat perlu mengamalka­n kemahiran kepimpinan untuk membimbing dan memajukan masyarakat kampung.

“Oleh itu, pemimpin masyarakat harus mencermink­an suara hati dan kehendak masyarakat kampung dengan mengetepik­an kepentinga­n diri,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia