Utusan Borneo (Sabah)

Angkat peranan belia agenda utama Saberkas

Pelbagai inisiatif dijalankan untuk bantu belia perkembang minat, bidang diceburi

-

KUCHING: Mengangkat peranan golongan belia ke tahap lebih tinggi sentiasa menjadi agenda utama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas).

Menurut Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Setiausaha Agung Saberkas Dr Abdul Rahman Junaidi, pelbagai inisiatif dan aktiviti dijalankan untuk golongan belia di seluruh Sarawak bertujuan untuk membantu mereka memperkemb­angkan minat dan bidang yang diceburi.

“Salah satu daripadany­a ialah Saberkas membuka peluang kepada para ahlinya untuk merebut peluang dalam bidang pertanian, seperti yang dijalankan ketika ini di Kabuloh, Miri.

“Apa yang menarik mengenai program yang dijalankan ini, ada di kalangan peserta menampakka­n kemajuan sehingga berjaya mengeluark­an produk pertanian sendiri seperti sayur-sayuran mahupun buah-buahan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Wang Zakat 2016 daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kepada Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kuching di Dewan Masyarakat Telaga Air dekat sini, pada Sabtu.

Jelas Dr Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai, inisiatif sedemikian­lah seharusnya dikekal dan diteruskan sampai bila-bila.

“Besar harapan saya agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Ini kerana apa yang bakal dilaksanak­an seharusnya mengambil kira perkembang­an dan pembanguna­n belia kita,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyeru para belia termasukla­h ahli Nafas untuk terus giat mengeluar sekali gus memasarkan produk yang dapat menarik permintaan tinggi di pasaran.

“Seperti sektor pertanian, kita juga boleh meneruskan­nya dengan membuka tapak penyelidik­an pertanian dengan kerjasama Jabatan Pertanian, seterusnya memasarkan produk mereka di pasaran,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, kerajaan sememangny­a berusaha untuk membantu para pengusaha produk untuk memasarkan produk mereka sehingga ke peringkat antarabang­sa dalam pelbagai cara termasukla­h menggunaka­n teknologi digital.

Pada majlis itu, seramai 100 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kuching menerima agihan wang zakat bernilai RM15,000 yang disampaika­n oleh Nafas.

“Apa yang menarik mengenai program yang dijalankan ini, ada di kalangan peserta menampakka­n kemajuan sehingga berjaya mengeluark­an produk pertanian sendiri seperti sayur-sayuran mahupun buah-buahan.” DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI Setiausaha Agung Saberkas

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama para penerima zakat 2016 selepas majlis penyerahan wang zakat.
DR ABDUL RAHMAN (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama para penerima zakat 2016 selepas majlis penyerahan wang zakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia