Utusan Borneo (Sabah)

Peranan penting ketua masyarakat lerai selisih faham penduduk: Nancy

-

SIMUNJAN:Ketua masyarakat perlu memainkan peranan bagi melerai setiap perselisih­an faham dan masalah penduduk kawasan masing-masing.

Perkara ini ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri sambil memberitah­u, ini keranma ketua masyarakat merupakan pemimpin yang lebih mengenali dan rapat dengan penduduk di kawasan masing-masing.

Malah, tegasnya dengan bersikap sedemikian, ia dapat mengekalka­n keharmonia­n dan permuafaka­tan penduduk dalam sesebuah kampung.

“Harapan saya agar kita dapat mengekalka­n keharmonia­n ini sesama kita, lebih-lebih lagi sesama jiran dan masyarakat di kampung ini.

“Justeru, saya berharap ketua masyarakat terutamany­a di kawasan ini memainkan peranan bagi meleraikan jika berlakunya apa-apa kekusutan dan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Ngiling Bidai Gawai Dayak 2017 Peringkat Kampung Kepayang di Dewan Kampung Kepayang di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong memuji jawatankua­sa kampung berkenaan kerana berjaya menghimpun­kan penduduk di situ.

“Tahniah dan terima kasih kepada jawatankua­sa yang bertungkus lumus menjayakan majlis serta berjaya mencari ruang bagi kedua-dua Ahli Parlimen dan Adun untuk bersama-sama menghadiri majlis ini.

“Dalam tempoh dua bulan ini kita menyambut pelbagai perayaan iaitu Gawai, disusuli dengan bulan puasa (Ramadan) dan sekarang berada dalam bulan syawal (menyambut hari raya).

“Syukur Alhamdulil­ah kita dapat menyambut semua perayaan ini dengan harmoni di Sarawak ini khususnya di Daerah Simunjan,” tambahnya lagi.

Mengulas mengenai projek yang diluluskan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) tahun lalu, Nancy berkata, sebanyak RM10,000 diperuntuk­an bagi menaik taraf sistem bekalan air di Kampung Kepayang Lama.

Selain itu, katanya sebanyak RM5,000 turut disalurkan kepada dana aktiviti St Michael Chapel Kampung Kepayang.

 ??  ?? NANCY bersama pemimpin masyarakat menggulung tikar sebagai simbolik ‘ngiling bidai’ iaitu penutupan sambutan Hari Gawai Dayak.
NANCY bersama pemimpin masyarakat menggulung tikar sebagai simbolik ‘ngiling bidai’ iaitu penutupan sambutan Hari Gawai Dayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia