Utusan Borneo (Sabah)

Operasi pemvaksina­n haiwan peliharaan diteruskan di Serian

-

KUCHING:Operasi pemvaksina­n haiwan peliharaan sebagai langkah membendung virus rabies di Serian diterus pada Ahad bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Operasi selama dua hari bermula pada Sabtu oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JVPS), Persatuan Veterinar, serta agensi di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan seperti Majlis Daerah Serian (MDS) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), diadakan di empat lokasi iaitu di Balai Babuk Gawing, Dewan Masyarakat Serian, Pejabat Veterinar Serian dan MDS.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitah­u, JPVS juga akan menghantar pasukan pemvaksina­n ke kampung bagi mengurangk­an pergerakan haiwan di dalam Daerah Serian.

“Sehingga hari ini (Sabtu), JPVS memvaksink­an 3,785 ekor haiwan peliharaan, 952 dari jumlah itu merupakan anjing, 2,810 ekor kucing dan 23 haiwan lain,” katanya.

Pasukan vaksinasi setakat semalam menjalanka­n pemvaksina­n ke lapan kampung iaitu di Kampung Remun, Kampung Mentung, Kampung Diang Ipuh, Kampung Ranchan, Kampung Engkabang, Kampung Koran, Kampung Tangga dan Kampung Sumpas.

Sementara itu, sebanyak 66 daripada 290 kes gigitan itu merupakan kes gigitan baharu dalam tempoh 2 Julai sehingga semalam selepas 14 kes gigitan anjing baharu dikesan, pada Sabtu.

“Sebanyak 229 kes diberi vaksin.Pasukan kesihatan sedang berusaha mengesan kes belum datang ke Hospital Serian untuk mendapatka­n suntikan vaksin,” katanya.

Masyarakat di kawasan Serian khususnya di kampung terjejas rabies turut digesa tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliara­n.

Masyarakat juga diminta untuk menghindar­kan diri dari anjing atau haiwan liar bagi mengelakka­n diri daripada digigit.

“Mereka yang digigit anjing atau haiwan liar terutama kawasan terlibat diminta tampil ke Hospital Serian bagi membuat pemeriksaa­n lanjut dengan kadar segera,” katanya.

JPVS telah mengadakan sebanyak 68 kempen kesedaran mengenai wabak Rabies kawasan terlibat dihadiri 4,862 penduduk kampung dan kempen kesedaran wabak penyakit Rabies turut diadakan di Dewan Masyarakat Serian, Kampung Tangga dan Kampung Bedup.

Semua pihak khususnya penduduk kawasan terlibat dengan wabak rabies diminta menghubung­i Bilik Gerakan JPVS di talian 082-621949/611607 bagi melaporkan sebarang haiwan peliharaan khusus anjing dan kucing berkelakua­n luar biasa seperti (perubahan sikap dari jinak ke ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak dan air liur berbuih).

 ??  ?? MASYARAKAT di kawasan Serian mendapatka­n vaksin bagi haiwan peliharaan mereka.
MASYARAKAT di kawasan Serian mendapatka­n vaksin bagi haiwan peliharaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia