Utusan Borneo (Sabah)

Wong gesa warga pendidik usaha kuasai Bahasa Inggeris

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an, Dato Sri Wong Soon Koh menggesa warga pendidik berusaha sebaik mungkin untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Saranan itu adalah sejajar dengan agenda Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an, Dato Sri Michael Manyin Jawong untuk meningkatk­an standard bahasa itu di negeri ini.

Beliau memberitah­u, 90 peratus daripada ucapan adalah dalam BI ketika pertama kali memasuki politik sejak 80-an tetapi kini hanya 40 peratus.

Menyambut baik agenda itu, Wong memilih SMK Bawang Assan sekolah angkat di kawasannya mengikuti program tersebut.

“Ini berikutan permintaan Manyin mahukan wakil rakyat kedua-dua pihak memilih satu atau dua buah sekolah menggalakk­an pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya pada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Sibu di sini, pada Jumaat.

Jelasnya, ini kerana suatu hari nanti mereka mengguna pakai bahasa Inggeris ketika memohon pekerjaan, dalam tugasan kerja, berjumpa dengan klien antara lain penyelidik­an, melayari dan e-dagang atas talian.

Katanya, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa global penting dan kebanyakan rujukan, landasan dan aplikasi perisian menggunaka­n bahasa Inggeris.

“Pelajar perlu berinteras­i dalam bahasa Inggeris agar mereka dapat meningkatk­an pengetahua­n dan penguasaan dalam bahasa rasmi kedua tersebut,” ujarnya.

Beliau menasihatk­an pelajar tabiat suka menggunaka­n kata singkat ketika menghantar pesanan ringkas melalui media sosial tidak membantu mereka menulis dalam bahasa Inggeris.

 ??  ?? WONG menyampaik­an Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Chung Kung pada majlis itu.
WONG menyampaik­an Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Chung Kung pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia