Utusan Borneo (Sabah)

Sabah juara B16 kebangsaan

Liga Allianz Kem Bola Sepak Remaja Malaysia 2017

-

KOTA KINABALU: Sabah merangkul gelaran juara Liga Allianz Kem Bola Sepak Remaja Malaysia 2017 yang berakhir di Stadium Serdang, Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor pada Sabtu.

Sabah yang mewakili Zon Malaysia Timur menewaskan Zon Utara menerusi dua gol tanpa balas, untuk menjuarai kejohanan bawah 16 tahun kebangsaan itu.

Gerakan cantik Mirzan Norji berjaya meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-25 untuk kedudukan 1-0 dalam separuh masa pertama, sebelum Izuan Zikry Jasman meledakkan jaringan kedua pada minit ke-55.

Terdahulu dalam aksi pusingan pertama yang berlangsun­g secara liga, Sabah dibawah bimbingan pengurus Amsir Abdullah dan ketua jurulatih Zulpie Ally, muncul selaku naib johan.

Zon Utara dengan kelebihan jaringan, selepas mengumpul lapan mata menerusi dua kemenangan dan dua kali seri, berada di persada liga, di ikuti Sabah pada kedudukan kedua, Zon Tengah pada kedudukan ketiga dengan enam mata, Zon Selatan pada kedudukan keempat dengan lima mata, sambil Zon Pantai Timur pada kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Kedudukan itu membolehka­n Sabah dan Zon Utara menempah tempat ke perlawanan akhir.

“Kepulangan yang cukup manis. Syabas dan tahniah kepada semua atas kejuaraan ini. Penat lelah, semangat juang selama ini tidak siasia.

“Kejayaan ini (adalah) milik bersama dan tahniah juga pada lima pemain yang terpilih untuk mewakili Malaysia beraksi di Kejohanan Bola Sepak Remaja Asia yang akan berlangsun­g di Bali, Indonesia,” jelas Zulpie dihubungi pada Ahad.

Lima pemain terpilih itu terdiri dari Ajay Bin Jamain dan Mohd Mirzan Norji dari Tenom, Ritchie Svenson Fred (Kota Kinabalu), Mohd Azlizan Azlan (Keningau) dan Dani Adli Saiful - Azua @ Joe (Kota Belud).

“Terima kasih juga pada Amsir, pegawai pengiring Mohd Rafiz Zahari dan penolong jurulatih Junaideh Abd Mumin diatas komitmen dan kerjasama berpasukan terbaik yang telah ditunjukka­n.

“Semua ini, termasuk persembaha­n terbaik dari semua pemain yang mewakili Sabah pada kejohanan kali ini merupakan tonggak kejayaan kita,” tambah beliau.

“Tahniah juga pada Rafiz kerana terpilih ke Kejohanan Remaja Asia di Bayern Munich, Jerman. Sesungguhn­ya pengalaman di sana nanti pastinya akan memberi pengalaman berguna untuk beliau membantu Sabah dalam menaikkan lagi mutu sukan bola sepak di negeri ini sekembalin­ya kelak.

“Pada keseluruha­nnya, saya juga berterima kasih pada pihak penaja Allianz kerana telah memberi peluang dan kepercayaa­n pada saya dan Sabah, serta layanan baik dan mesra.

“Program Allianz ini sangat bagus dan memberi impak yang cukup baik dalam pembanguna­n bola sepak negeri Sabah dan kebangsaan. Allianz adalah terbaik!,” kata Zulpie lagi.

 ??  ?? PARA pemain Sabah merai kejayaan selepas menjuarai Liga Allianz Kem Bola Sepak Remaja Malaysia 2017 di Stadium Serdang, UPM, Selangor pada Sabtu.
PARA pemain Sabah merai kejayaan selepas menjuarai Liga Allianz Kem Bola Sepak Remaja Malaysia 2017 di Stadium Serdang, UPM, Selangor pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia