Lelaki didakwa lima pertuduhan menipu
Berhubung pengurusan jual beli rumah, pemasangan penyaman udara
KOTAKINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas lima pertuduhan menipu berkaitan dengan pengurusan jual beli rumah dan pemasangan penyaman udara.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 22 hingga 29 Ogos sebagai tarikh perbicaraan terhadap Chong Seng Fui, 35, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Pertama, tertuduh menipu seorang lelaki boleh menguruskan pemasangan penyaman udara dan katil di rumah abang mangsa, sehingga mendorongnya menyerahkan wang sebanyak RM22,000 kepada tertuduh.
Kesalahan itu dilakukan pada 14 Mac jam 5.30 petang, di Lot 12, Wisma Perindustrian, Jalan Istiadat, di sini.
Kedua, pada 6 Disember tahun lalu di Likas, di sini, tertuduh menipu seorang wanita boleh mempercepatkan urusan jual beli rumah di Taman Sinar Jaya Diri, Tuaran.
Akibat terpedaya, mangsa memasukkan wang sebanyak RM10,120 ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh.
Ketiga dan keempat, tertuduh memperdayakan seorang lelaki sehingga percaya untuk membuat pembayaran penilaian rumah dan cukai setem.
Akibatnya mangsa memasukkan wang masingmasing sebanyak RM500 dan RM4,000 ke dalam akaun Public Bank tertuduh, pada 1 dan 2 September tahun lalu di Public Bank Putatan.
Kelima, pada 5 September tahun lalu jam 4.59 petang di tempat sama, tertuduh menipu mangsa sama sehingga memasukkan wang sebanyak RM700 ke dalam akaunnya, untuk pembayaran peguam.
Atas semua kesalahan itu, Chong didakwa mengikut Seksyen420KanunKeseksaan yang boleh dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.
Peguam Goldam Hamid mewakili tertuduh dan Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni bertindak untuk pendakwaan.
“Atas
semua kesalahan itu, Chong didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.