Yakin capai sasaran kutipan hasil Meskipun enam bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan kutipan, namun pihak kami menjangkakan hasil kutipan akan meningkat semula sekaligus mencapai sasaran pada akhir tahun ini.
LHDNM Cawangan Sandakan jangka peningkatan menjelang akhir tahun
SANDAKAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Sandakan yakin mampu mencapai kutipan hasil cukai seperti yang disasarkan pada tahun ini.
Pengarahnya Bacho Abdul Karim berkata meskipun enam bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan kutipan, namun pihaknya menjangkakan hasil kutipan akan meningkat semula sekaligus mencapai sasaran pada akhir tahun ini.
“Pada enam bulan pertama, ansuran bayaran oleh pihak syarikat ada sedikit penurunan dan ia mungkin disebabkan oleh faktor penurunan harga sawit.
“Tetapi kalau dilihat pada enam bulan akan datang, selepas unjuran ansuran yang berikutnya akan ada peningkatan. Mereka akan membuat perubahan pada bulan Jun dan September. Oleh itu, kita yakin dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 LHDNM Sandakan di Menara Hasil, Batu 7 di sini pada Isnin.
Bacho berkata sasaran kutipan hasil bagi LHDNM Cawangan Sandakan telah dikurangkan kepada RM423 juta.
Katanya, ia selepas 23 fail syarikat dengan keuntungan melebihi RM30 juta telah dipindahkan ke Cawangan Kota Kinabalu bagi pemantauan yang lebih baik.
Mengenai majlis itu, beliau berkata pihaknya mengambil tema atau konsep ‘Salam
BACHO ABDUL KARIM Pengarah LHDNM Cawangan Sandakan China.
Perantauan’ pada tahun ini dengan mengetengahkan lima negara iaitu Thailand, Indonesia, India, Arab dan China.
“Kita tahu ramai rakyat asing berada di Malaysia dan ramai rakyat tempatan yang bekerja di luar negara. Oleh itu, kita ambil konsep ini dan terjemahkan dalam bentuk gerai-gerai makanan mengikut setiap negara.
“Di samping dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga LHDN, majlis seumpama ini juga dapat memberi sedikit sebanyak pengalaman bagaimana rasanya jika berhari raya di negara orang,” jelasnya.