Federer nikmati detik penuh bersejarah
Rangkul kejuaraan ke-8, juara tertua Wimbledon selepas hampakan Cilic 6-3, 6-1 dan 6-4
LONDON, England: Roger Federer mencipta rekod memenangi kejuaraan Wimbledon buat kali kelapan dan juga juara tertua pada kejohanan ini apabila menewaskan Marin Cilic dari Croatia di final perseorangan lelaki Ahad lepas.
Federer juga memperbaharui rekod kejuaraan Grand Slam – 19 kejuaraan – selepas kemenangan 6-3, 6-1 dan 6-4 dan pada usia 35 tahun, beliau adalah juara tertua dalam era moden, menggantikan Arthur Ashe, yang berusia hampir 32 tahun apabila muncul juara pada 1975.
Bagaimanapun, di final – di mana Federer beraksi di final ke-11 di Wimbledon dan kali ke-29 keseluruhannya dalam kejohanan Grand Slam, akan diingati dengan senario Cilic tidak dapat menahan sebak selepas ketinggalan 0-3 pada set kedua.
Pemain pilihan ketujuh ke-
mengucup trofi kejuaraan ketika meraikan kejayaannya menjuarai kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, LondonAhadlepas. johanan, yang juga juara Terbuka Amerika (AS) 2014, menangis ketika membayangkan impian kejuaraannya berakhir.
Beliau mengalami kelecuran di bahagian kaki dan mendapat rawatan pada akhir set kedua, sekali gus menjejaskan rentak permainannya ketika Federer menjadi pemain pertama semenjak Bjorn Borg pada 1976, untuk meme- nangi
ke- juaraan Wimbledon tanpa tewas satu set sepanjang dua minggu kejohanan. “Beliau (Cilic) seorang wira,” kata Federer. Dua belas bulan yang lalu, Federer tewas dalam lima set di separuh akhir kepada Milos Raonic dan menyebabkan beliau menamatkan musim lebih awal untuk memulihkan masalah di bahagian lututnya. “Ia sukar untuk percaya saya sampai ke peringkat tertinggi ini. Saya tidak pasti saya akan melangkah ke final lagi selepas apa yang berlaku tahun lepas,” kata Federer, yang akan mencecah usia 36 tahun dalam tempoh tiga minggu lagi dan sekarang sudah melepasi rekod yang dikongsi bersama – tujuh kejuaraan Wimbledon – dengan Pete Sampras dan William Renshaw. “Saya mempunyai beberapa final yang sukar, tewas dua kali kepada Novak (Djokovic). “Tetapi saya sentiasa percaya. Saya terus percaya dan mengimpikan saya akan kembali. “Hari ini, saya kembali dengan kejuaraan kelapan. Ia hebat, jika anda terus percaya, anda boleh melangkah jauh dalam kehidupan anda.”
Federer memenangi kejuaraan Grand Slam ke-18 beliau di Australia pada bulan Januari sekembalinya beraksi selepas berehat enam bulan terakhir tahun lepas. Beliau juga memenangi kejuaraan Siri Master Indian Wells dan Miami dan kejuaraan kesembilan di Halle.
Beliau bagaimanapun tidak beraksi pada sepanjang musim permukaan tanah liat.
“Mungkin saya perlu lebih banyak lagi masa berehat,” kata Federer dengan nada seloroh, di mana beliau hanya bermain kejohanan ketujuh tahun ini di Wimbledon.
“Saya mungkin akan berehat lagi enam bulan! Saya tidak tahu jika ia berhasil lagi.”
Cilic, yang menghabiskan lebih banyak masa berbanding Federer untuk ke final, berkata kelecuran pada tapak kakinya mula dirasai apabila menewaskan Sam Querrey dalam lima set di separuh akhir.
“Saya mengalami kelecuran dan cecair kecederaan amat menyakitkan. Saya masih merasai kesakitan itu. Setiap kali saya melakukan pergerakan pantas, ia memberi kesan dan ia menyebabkan saya gagal melakukan pergerakan mengejut.”
Namun Cilic menjelaskan tangisan beliau adalah kerana kesakitan emosi berbanding fizikal.
“Ia adalah satu perasaan kecewa kerana saya tidak dapat bermain di tahap ter- baik,” kata beliau.
Perlawanan turut disaksikan oleh barisan keluarga diraja dan selebriti terkenal, dengan Putera William dan isterinya, Kate, menonton bersama-sama selebriti terkenal seperti Hugh Grant dan Bradley Cooper.
Federer memulakan permainan dengan yakin dan tidak kelihatan terancam dengan pukulan servis kencang Cilic sebelum memenangi set pertama dengan dua kesilapan servis Cilic.
Federer mengekalkan rentak cemerlang dengan mendahului 3-0 pada set kedua dan dengan Cilic kelihatan semakin terganggu oleh kecederaannya, semuanya kelihatan lebih memihak kepada Federer
Beliau (Cilic) seorang wira. Jaguh Roger dari Federer Switzerland
untuk mencipta sejarah baharu di Wimbledon. — AFP