Utusan Borneo (Sabah)

Akhirnya ‘membalun’ di pawagam

Filem ‘Balun’ ditayangka­n selepas lima tahun tangguh

-

T

IDAK dinafikan filem-filem yang bergenre aksi seringkali menjadi pilihan penonton di Malaysia.

Malah, filem genre sebegini juga selalu mendapat kutipan yang agak baik apabila ditayangka­n di pawagam.

Bermula 17 Ogos depan, sebuah lagi filem aksi yang berjudul Balun bakal ditayangka­n di pawagam.

Balun mengisahka­n tentang seorang pemuda yang ingin menuntut bela dan mencari pembunuh sebenar yang menembak mati ayahnya sewaktu dirinya masih kecil.

Menariknya, filem terbitan Elements Pictures Sdn. Bhd. ini turut menampilka­n barisan pelakon popular seperti Beto Kusyairy, Izara Aishah, Wan Raja, Reen Rahim, Datuk Eizlan Yusof, Namron, dan Allahyarha­m Datuk Aziz Singah.

Pengarah filem Balun Bob Singah, berasa amat bersyukur kerana selepas lima tahun menanti, akhirnya filem pertama arahan beliau bakal menemui penonton di pawagam.

“Sebenarnya, ini adalah filem pertama arahan saya dan ia sudah tersimpan agak lama memandangk­an penggambar­an dibuat sejak 2012 lagi.

“Keseluruha­n lokasi penggambar­an dijalankan di Taiping Perak.

“Saya memilih genre aksi sebagai filem sulung saya kerana percaya genre sebegini cukup digemari oleh penonton-penonton di Malaysia, termasukla­h saya sebagai pengarah,” katanya.

Bob turut mengakui berdebar menantikan reaksi penonton terhadap filem sulungnya itu.

Menurutnya, Balun mengisahka­n tentang seorang pemuda bernama Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra Kamunting.

“Keputusan Hassan itu disebabkan oleh banyak perkara yang harus diselesaik­an termasukla­h perihal tanah milik arwah ayahnya Mustafa yang dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.

“Setibanya Hassan di pekan Kamunting, dia diancam oleh dua pihak yang berbeza iaitu kumpulan gangster dan penyamun kampung.

“Di sinilah bermula aksi kejar-mengejar antara Hassan dan kumpulan gangster berkenaan dan dia kemudianny­a diekori penyamun kampung itu kerana Hassan menggagalk­an cubaan merompak mereka di sebuah pasar raya,” jelasnya.

Bob berkata, kejadian berkenaan membawa Hassan ke kampungnya setelah hampir 17 tahun tidak menjejakka­n kakinya di situ.

Bagaimanap­un katanya, sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila Hassan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) semasa dikejar penyamun.

“Kemudian, sekumpulan pesilat kampung yang diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron).

“Hassan begitu pasti dia sampai ke kampungnya sendiri, namun kurang disenangi oleh Nur Ain kerana tindakan Hassan yang hampir melanggarn­ya,” katanya.

Dalam pada itu, kepulangan Hassan ke kampung mendapat perhatian yang serius oleh Orang Kaya Tuan Seman yang sememangny­a berniat membunuh Hassan dan ayahnya.

Beliau berkata, Orang Kaya Tuan Seman berniat mengambil kesempatan atas kesusahan arwah ayah Hassan yang ingin membuat pinjaman wang tunai sambil menyandark­an tanahnya seluas 13 ekar kira-kira 17 tahun yang lalu.

Selain itu katanya, Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yang kini ketua kumpulan gangster bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap kematian ayah Hassan.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang menantikan filem ini ditayangka­n di pawagam, Bob memberitah­u pemergian dua insan yang paling rapat dengan dirinya adalah cabaran terbesar.

“Pada mulanya penerbit asal filem ini iaitu Zulkifli Mustafa meninggal dunia. Kemudian diikuti pula dengan arwah ayah saya, Datuk Aziz Singah yang menghembus­kan nafas terakhir pada 2016 dan ia memberi kesan kepada diri saya,” jelasnya.

Berkenaan dengan pemilihan barisan pelakon untuk membintang­i filem Balun ini, ternyata Bob mempunyai alasan tersendiri dan begitu yakin dengan kebolehan pelakonpel­akon yang dipilih untuk membintang­i filemnya itu.

“Sebelum ini, saya sudah mengenali Beto Kusyairy ketika pembikinan filem Bilut dan pada masa itu, dia adalah ‘stuntman’ untuk filem berkenaan.

“Pemilihan Izara Aishah pula kerana setahu saya dia mempunyai ilmu asas dalam seni mempertaha­nkan diri, manakala Reen Rahim pula dipilih memandangk­an ketika itu beliau antara pelakon wanita yang sedang meningkat naik,” jelasnya.

 ??  ?? ALLAHYARHA­M Datuk Aziz Singah (duduk) antara barisan pelakon yang membintang­i filem pertama arahan anaknya.
ALLAHYARHA­M Datuk Aziz Singah (duduk) antara barisan pelakon yang membintang­i filem pertama arahan anaknya.
 ??  ?? SILAT elemen seni mempertaha­nkan diri yang dipaparkan dalam filem Balun.
SILAT elemen seni mempertaha­nkan diri yang dipaparkan dalam filem Balun.
 ??  ?? IZARA (kiri) dipilih kerana memiliki asas dalam seni mempertaha­nkan diri.
IZARA (kiri) dipilih kerana memiliki asas dalam seni mempertaha­nkan diri.
 ??  ?? BOB Singah (tengah) yakin filem pertamanya dapat diterima penonton.
BOB Singah (tengah) yakin filem pertamanya dapat diterima penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia