Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan setuju wujudkan Yayasan Biasiswa Tun Taib

-

KUCHING: Kerajaan negeri bersetuju untuk mewujudkan Yayasan Biasiswa Tun Taib bagi memberi inspirasi dan sokongan kepada rakyat negeri ini melanjutka­n pengajian di peringkat pascasiswa­zah.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, yayasan ini akan menyediaka­n pembiayaan pendidikan untuk anak-anak Sarawak menyambung pengajian daripada Ijazah Sarjana kepada Ijazah Kedoktoran (PhD).

“Tadi (Khamis) kami bersetuju untuk adakan biasiswa yang kita namakan Yayasan Biasiswa Tun Taib sebagai inspirasi dan juga sokonganba­gianak-anakkitabe­lajar dalam bidang pascasiswa­zah.

“Yayasan ini akan menjana dana untuk anak-anak kita belajar di peringkat pascasiswa­zah daripada Ijazah Sarjana kepada PhD dalam bidang-bidang tertentu yang boleh melonjakka­n ekonomi kita.

“Jadi, ini adalah peluang untuk anda semua sama ada di Kuching mahupun di luar bandar untuk meningkatk­anlagitaha­ppendidika­n dan masa depan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis RamahTamah Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di Demak dekat sini, malam pada Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari yang juga Presiden PBB berkata bidang pendidikan adalah penting untuk Sarawak melonjak kepada ekonomi digital.

Dasarpendi­dikannegar­a,katanya, menekankan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) tetapi anak Bumiputera masih lemah dalam empat bidang ini.

“Saya difahamkan umpamanya Sekolah Menangah Sains (SMS) Matang sepatutnya mempunyai lebih kurang 1,000 pelajar.

“Tetapi hanya 400 pelajar sahaja yang memasuki sekolah ini disebabkan pelajar kita terutama Bumiputera tidak memperoleh­i keputusan yang baik untuk membolehka­n mereka memasuki sekolah ini.

“Alangkah ruginya kita ada tempat, tetapi anak tidak dapat masuk sekolah ini,” katanya menambah, usaha perlu diambil untuk menarik minat anak-anak dalam bidang STEM.

Bagi memastikan bidang pendidikan di negeri terus maju, kerajaan negeri menurut Abang Johari juga telah mengarahka­n Yayasan Sarawak untuk meningkatk­an pendapatan mereka.

Bagi tujuan itu, katanya, kontraktor perkayuan di negeri ini telah bersetuju untuk memberi premium kepada Yayasan Sarawak daripada RM0.80 sen kepada RM50 bagi setiap satu tan.

Peningkata­n premium ini, katanya, telah memberi pendapatan kepada Yayasan Sarawak daripada RM9 juta kepada RM300 juta untuk pemberian pinjaman dan biasiswa pendidikan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, pemimpin-pemimpin PBB lain serta lebih 2,000 ahli PBB dari 12 kawasan dalam Zon Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia