Utusan Borneo (Sabah)

Tiga balai bomba baharu akan dibina di Zon Sibu

-

SIBU: Tiga balai bomba baharu akan dibina di Zon Sibu bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat di wilayah tengah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Abdul Mutalib Rashid berkata balai bomba baharu akan dibina di Tanjung Manis, Daro dan Selangau.

“Buat masa ini, Zon 4 (Sibu) mempunyai lapan balai bomba. Dengan siapnya balai bomba di Tanjung Manis, Daro dan Selangau, jumlah itu meningkat kepada 11.

“Ini mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat di zon tengah.

“Diharapkan selepas itu balai bomba Sibu yang dicadangka­n akan dibina,” katanya ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, semalam.

Hadir sama Ketua Balai Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Sibu Abdul Mutalif Jaafar.

Mengulas mengenai status balai bomba baharu, Abdul Mutalib berkata balai bomba baharu di Tanjung Manis dalam peringkat akhir pembinaan.

“Pembinaan balai bomba di Tanjung Manis berjalan lancar dan dijangka siap menjelang Oktober ini. Masih berada peringkat akhir pembinaan dan selesai beberapa bulan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Mutalib memberitah­u kerjakerja mengukur dan menanam cerucuk balai bomba di Daro sudah dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Tender balai bomba di Selangau sudah dibuka dan lawatan tapak telah dijalankan. Manakala tapak baharu balai bomba di Bintangor diratakan,” jelasnya.

Dalam ucapannya, Abdul Mutalib berkata beliau bakal bersara pada 9 Oktober depan selepas berkhidmat selama 11 tahun di Sibu.

Pada majlis sama, Abdul Mutalib menyampaik­an penghargaa­nkepadaPen­olong Penguasa Chong Bui Chyan yang berpindah ke Bahagian Penyiasata­n (Forensik) Ibu Pejabat Kuching.

Turut menerima penghargaa­n Diana Joseph Abdullah yang berpindah ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bau.

 ??  ?? ABDUL Mutalib (tiga kiri) merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4, Sibu.
ABDUL Mutalib (tiga kiri) merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia