Utusan Borneo (Sabah)

Guna kaedah baharu perangi denggi tiga tahun lagi: Dr Subramania­m

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan memerlukan dua hingga tiga tahun sebelum membuat keputusan berhubung penggunaan kaedah menyuntik bakteria ke dalam telur nyamuk aedes bagi mengawal virus denggi di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata projek perintis kaedah tersebut sedang dilaksana di Shah Alam dan AU Keramat, Selangor sejak Februari lalu.

“Walaupun hasil kaedah itu masih belum dimuktamad­kan tetapi ia menunjukka­n tanda-tanda positif apabila jumlah denggi di dua kawasan tersebut menunjukka­n penurunan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Denggi Asean 2017 Peringkat Kebangsaan, di sini pada Ahad.

Dr Subramania­m berkata bakteria yang disuntik ke dalam telur nyamuk aedes itu berupaya mengurangk­an virus denggi di dalam nyamuk aedes dewasa, sekali gus tidak menyebabka­n denggi pada manusia yang menerima gigitan nyamuk tersebut.

Nyamuk yang membawa bakteria itu kemudian dilepaskan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mencatat jumlah denggi yang tinggi dan pihaknya akan memantau dari segi jumlah nyamuk serta keskes denggi di kawasan terlibat, kata beliau.

Dr Subramania­m berkata kajian itu dijalankan dengan kerjasama sebuah institut di United Kingdom dan dipantau rapi untuk melihat keberkesan­an serta kesan sampingann­ya sebelum memutuskan untuk memperluas­kannya ke kawasan lain.

Antara negara yang menggunaka­n kaedah itu ialah Amerika Syarikat dan Australia manakala Singapura juga sedangdala­m kajian untuk menggunaka­n metodologi tersebut bagi memerangi virus denggi.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Dr Subramania­m berkata sejumlah 53,750 kes demam denggi dengan 122 kematian dicatat di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga 15 Julai lalu, menurun berbanding 61,534 kes dengan 135 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata denggi yang disebabkan nyamuk aedes merupakan penyakit kesihatan yang paling besar di negara ini dan kerajaan melaksanak­an pelbagai usaha dan program untuk membendung­nya. - Bernama

 ??  ?? SUBRAMANIA­M memberi penerangan kepada pengunjung yang turut melawat pameran sempena Majlis Hari Denggi Asean 2017 Peringkat Kebangsaan pada Ahad. - Gambar BERNAMA
SUBRAMANIA­M memberi penerangan kepada pengunjung yang turut melawat pameran sempena Majlis Hari Denggi Asean 2017 Peringkat Kebangsaan pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia