Prestasi ringgit dijangka positif
Ringgit dijangka mencatat prestasi positif dan lebih cenderung untuk meningkat berbanding dolar AS pada minggu depan berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan kedudukan unit tempatan berkenaan, kata RHB Research.
Dalam satu nota kelmarin, RHB Research berkata bank pusat itu telah menyatakan bahawa ringgit stabil susulan pelaksanaan langkah pertukaran asing, termasuk menetapkan pengeksport menukar 75 peratus hasil eksport ke dalam ringgit.
“Mereka menyatakan kedudukan hadapan pendek sebanyak AS$17 bilion (AS$1 = RM4.28) dalam tukaran mata wang dengan bank-bank tempatan namun ia lebih kepada pengurusan mudah tunai.
“Kedudukan itu dijangka susut secara berperingkat disokong oleh tukaran hasil eksport dan potensi aliran masuk modal asing pada masa depan,” katanya.
RHB Research berkata berikutan kenyataan bankbank pusat utama yang mahu memperketatkan dasar monetari mereka, BNM masih perlu menggunakan kedudukan tukaran itu untuk terus menguruskan mudah tunai dalam sistem berkenaan.
“Berikutan itu, kami mengunjurkanringgit diniagakan dalam lingkungan RM4.20 hingga RM4.40 berbanding dolar AS dalam beberapa bulan akan datang sebelum mencecah paras RM4.20 menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2820/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 minggu lepas.
Bagaimanapun, unit tempatan itu diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali dolar AS.
Ia susutberbanding dolar Singapura kepada 3.1375/1410 daripada 3.1210/1243 minggu sebelumnya dansusutberbanding yen kepada 3.8362/8406 daripada 3.7886/7926 pada Jumaat lepas.
Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.5692/5744 daripada 5.5624/5667 minggu sebelumnya dan berkurangan berbanding euro kepada 4.9868/9916 daripada 4.8977/9016 sebelum ini. — Bernama