Utusan Borneo (Sabah)

Pengetahua­n asas keselamata­n penting hadapi bencana: APM

-

SIBU: Masyarakat perlu membekalka­n diri dengan pengetahua­n asas keselamata­n dan kecemasan sebagai persediaan menghadapi bencana atau bahaya di sekeliling mereka.

Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu Dato Yusnar Mohammad Matalie berkata pengetahua­n asas keselamata­n dan kecemasan mampu mencegah atau mengurangk­an risiko bahaya kepada diri dan orang lain.

“Kita tidak dapat menjangka sesuatu kejadian buruk berlaku. Tetapi, sekiranya ada ilmu berkaitan pertahanan awam, keselamata­n dan kecemasan maka semuanya tidak menjadi masalah besar kepada kita.

“Kalau tidak ada pendedahan ilmu keselamata­n dan kecemasan, sudah pasti kita tidak dapat membantu menyelamat­kan mangsa yang memerlukan bantuan,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Ngiling Tikai APM Sibu di sini, barubaru ini.

Yusnar berkata, anggota masyarakat yang mempunyai pengetahua­n asas keselamata­n dan kecemasan boleh menjadi sukarelawa­n dan bersedia membantu mengawal keadaan di sesuatu kawasan bencana.

Beliau mendedahka­n kekuatan APM Daerah Sibu agak terhad di mana mereka terpaksa menjaga dua bahagian termasuk Kapit merangkumi tujuh daerah.

“Sekiranya berlaku kecemasan di dua tempat berbeza pada masa sama, sukar bagi kita sampai pada tepat masa mengikut SOP (prosedur operasi standard). Maka sukarelawa­n adalah jentera kita harus membantu secara tepat dan tangkas,” katanya.

Terdahulu, Pegawai APM Daerah Sibu Kapten Frankie John Jawan menyeru APM Daerah Sibu supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana dan kemalangan setiap waktu.

Katanya, apa sahaja halangan atau kekurangan dihadapi tidak seharusnya dijadikan alasan menidakkan pertolonga­n diperlukan oleh masyarakat.

Sementara itu, dari Januari hingga 20 Julai ini APM Sibu menerima sebanyak 402 kes dan penggilan kecemasan yang melibatkan seramai 161 mangsa bagi Bahagian Sibu sahaja.

Manakala sepanjang 2016, sejumlah 816 kes dan panggilan kecemasan melibatkan 388 mangsa dikendalik­an.

Pada 19 Mac 2017, Pusat Kawalan Operasi APM Sibu telah berpindah ke lokasi baharu di kuarters Jalan Umpi Rantai, Jalan Hulu Lanang Sibu dengan talian kecemasan 084-220044.

 ??  ?? YUSNAR memukul gong untuk merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Ngiling Tikai APM Sibu.
YUSNAR memukul gong untuk merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Ngiling Tikai APM Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia