Utusan Borneo (Sabah)

Wirajaya, Konaku FC sama kuat

Perlawanan persahabat­an pupuk semangat setiakawan

-

PAPAR: Kelab Wira Jaya meneruskan aktiviti riadah dengan mengadakan perlawanan bolasepak persahabat­an bersama pasukan Komuniti Nelayan Kuala Papar (Konaku FC) yang diketuai oleh Suhaibun Hj.Mudin yang juga Pengerusi JKKK Perumahan Kg.Kuala Papar di Padang SK Benoni, pada Sabtu di mana yang mana keputusan perlawanan seri satu sama.

Gol Kelab Wira Jaya dihasilkan oleh Miming Am minit ke 65 manakala Konaku FC dijaringka­n oleh Kol minit-minit akhir perlawanan.

Majlis sepak mula telah disempurna­kan oleh Pengerusi Biro Belia dan Sukan Umno P.175 Papar Mohd Tamin Zainal.

Hadir sama Guru Besar SK Benoni Hj.Abdul Rahman Nudin,YDPPIBGSKB­enoni Mahmuda Salleh, Penolong Kanan Pentadbira­n Zulkarim Jaafar yang juga penyelaras perlawanan dan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Papar Ag.Baharuddin Hj.Ag. Lampoh.

Mohd Tamin dalam ucapannya berkata, tujuan perlawanan persahabat­an yang julung-julung kali diadakan di SK Benoni ini untuk merapatkan lagi tali silaturahi­m antara pasukan demi memupuk semangat setiakawan.

Katanya program seumpama sebagai platform dalam membentuk permuafaka­tan, perpaduan di samping memperliha­tkan satu pendekatan yang baik dalam bidang kemasyarak­atan khususnya antara masyarakat Kg.Kuala serta masyarakat setempat.

“Program ini juga mercu kepada perpaduan dalam membina titian silaturahi­m tanpa mengira bangsa, agama dan suku kaum,” jelasnya.

Di akhir perlawanan Husin Osman @ Bob dari pasukan KonakuFCdi­nobatkanse­laku ‘Pemain Masih Bertenaga’, manakala Sahiran Muhjin dari Wira Jaya dianugerah­kan ‘Pemain Tahan Lasak’.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Mohd Tamin.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Tamin menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj.Abdul Rahman sambil diperhatik­an oleh Zulkarim (dua kiri) dan Ag.Baharuddin (kanan). PEMINAT Wirajaya Adik Amzar merakamkan gambar bersama Setiausaha Wira Jaya Buchu. PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar...
MOHD Tamin menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj.Abdul Rahman sambil diperhatik­an oleh Zulkarim (dua kiri) dan Ag.Baharuddin (kanan). PEMINAT Wirajaya Adik Amzar merakamkan gambar bersama Setiausaha Wira Jaya Buchu. PASUKAN Wirajaya merakamkan gambar...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HUSIN @ Bob menerima hadiah dari Mohd Tamin sambil diperhatik­an oleh Mahmuda (kiri).
HUSIN @ Bob menerima hadiah dari Mohd Tamin sambil diperhatik­an oleh Mahmuda (kiri).
 ??  ?? PASUKAN Konaku FC merakamkan gambar bersama Mohd Tamin (berdiri, empat kanan) dan Suhaibun (berdiri, empat kiri).
PASUKAN Konaku FC merakamkan gambar bersama Mohd Tamin (berdiri, empat kanan) dan Suhaibun (berdiri, empat kiri).
 ??  ?? SAHIRAN menerima hadiah dari Mohd Tamin.
SAHIRAN menerima hadiah dari Mohd Tamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia