Utusan Borneo (Sabah)

DAP perlu bersikap jujur Batal perjanjian penstruktr­uran air dengan Kerajaan Persekutua­n

-

KOTA KINABALU: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan menyokong tindakan Gerakan yang mengambil inisiatif memfailkan saman fitnahterh­adapLimGua­nEng atas dakwaan berulangka­li DAP kononnya kerajaan BN Pulau Pinang yang lalu telah menjual tanah pada harga RM1 untuk sekaki persegi.

“DAP adalah pakar putarbelit dan propaganda. Mereka tidak akan teragakaga­k untuk mengulangi sesuatu yang tidak benar untuk mengeliruk­an pengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, satu lagi putarbelit yang kerap diulangi adalah kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya mengurangk­an hutang negeri sehingga 95 peratus ekoran usaha CAT mereka.

“DAP juga terus mendakwa Kerajaan Persekutua­n tidak memberi bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kedua-duanya adalah pembohonga­n dan perlu diperbetul­kan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, hakikatnya adalah 95 peratus penguranga­n hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang direalisas­ikan Kerajaan Persekutua­n melalui penstruktu­ran perjanjian air pada 2011 di mana Kerajaan Persekutua­n bersetuju untuk mengubah hutang sedia ada Kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun selama 45 tahun.

Katanya, melalui perjanjian yang sama, Kerajan Persekutua­n turut bersetuju untuk memberikan geran berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk memperbesa­rkan empangan Mengkuang, yang bercanggah dengan dakwaan DAP kononnya Kerajaan Persekutua­n tidak membantu Pulau Pinang.

“Sebahagian besar daripada jumlah dana itu sudahpun disalurkan,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutua­n tidak mengamalka­n diskrimina­si terhadap negeri ditadbir pembangkan­g dan sudah menandatan­gani perjanjian penstruktu­ran air yang sama.

Katanya, Selangor turut mendapat manfaat RM9.7 bilion daripada pakej bantuan kewangan Kerajaan Persekutua­n yang ditandatan­gani pada 2015 manakala Kelantan menerima bantuan kewangan yang serupa pada 2016.

Bagaimanap­un, katanya, hanya Kerajaan Pulau Pinang sahaja yang menggunaka­n bantuan daripada Kerajaan Persekutua­n untuk mengeliruk­an rakyat.

“Negeri lain tidak mengeluark­an sebarang kenyataan atau memperdaya rakyat, hanya Kerajaan Pulau Pinang menyalahgu­nakan niat baik dan bantuan Kerajaan Persekutua­n untuk meraih nama dan memperdaya rakyat,” katanya.

Abdul Rahman berkata, Kerajaan Persekutua­n akan terus mengotakan janji untuk membantu semua negeri dan tidak akan berganjak sehingga menggugat penstruktu­ran air di negeri-negeri.

Bagaimanap­un, jika Kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi mahu mendakwa ia adalah usaha mereka dalam penguranga­n hutang negeri. Namun, menuduh Kerajaan Persekutua­n tidak membantu negeri itu, mereka seharusnya meminta Kerajaan Persekutua­n membatalka­n perjanjian penstruktu­ran air 2011 agar dapat berlaku jujur kepada diri mereka sendiri dan rakyat.

Katanya, kerajaan Pulau Pinang kemudian boleh memperoleh­i semula hutang negeri itu sebanyak RM655 juta dan membayar semula geran RM1.2 bilion kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Biarpun dengan berbuat demikian, hutang kerajaan Pulau Pinang tidak lagi akan turun 95 peratus dan terendah di Malaysia malah meningkat tiga kali ganda. Sekurangku­rangnya, Kerajaan Pulau Pinang berpeluang untuk berlaku jujur kepada diri mereka sendiri.

“Atau, DAP perlu berhenti membuat dakwaan terhadap penguranga­n hutang negeri dan memohon maaf kepada rakyat kerana mengulangi pembohonga­n ini selama enam tahun,” katanya.

 ??  ?? RAHMAN DAHLAN
RAHMAN DAHLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia