Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kutuk penutupan Masjidil Aqsa

-

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Israel menutup Masjidil Aqsa pada 14 Julai.

Pada mesyuarat luar biasa terbukaJaw­atankuasaE­ksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki pada Selasa (1 Ogos), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan provokatif Israel itu merupakan perbuatan yang secara terang-terangan mencabuli kesucian tempat suci Islam.

“Tindakan seperti itu juga secara serius mencabuli hak umat Islam untuk beribadah secara aman, bebas daripada keganasan, ancaman dan provokasi,” katanya pada mesyuarat berkenaan yang diadakan bagi membincang­kan perkembang­an membimbang­kan di AlQuds Al-Sharif, khususnya pencabulan Israel terhadap kesucian Masjidil Aqsa, dan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Anifah mengingatk­an bahawa kebebasan untuk menunaikan ibadat adalah hak yang dijamin oleh undangunda­ng antarabang­sa.

“Kita perlu tentang sebarang bentuk pencabulan seperti itu,” katanya.

Sehubungan itu, kami mengulangi seruan kepada Israel supaya tidak menyekat akses ke Masjidil Aqsa. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa tempat beribadat wajib dihormati dan dipulihara. Kami juga menggesa Israel supaya menghentik­an semua aktiviti yang boleh mengubah status quo dan ciri-ciri tempat suci Islam,” katanya.

Anifah berkata Malaysia menyeru semua pihak supaya menahan diri daripada melakukan tindakan yang boleh meningkatk­an lagi ketegangan dan keganasan di Baitulmuqa­ddis Timur.

Katanya, pertempura­n terbaru antara pasukan keselamata­n Israel dan penduduk Palestin pada 24 Julai di Tebing Barat mengakibat­kan banyakkece­deraandanj­ikatidak ditangani dengan sewajarnya, keganasan yang tercetus akan mengakibat­kan penderitaa­n, kematian serta kemusnahan yang tidak terhingga di wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Anifah berkata perkembang­an di Baitulmuqa­ddis Timur amat membimbang­kan dan rancangan yang diumumkan Israel untuk menambah pembinaan rumah pada kadar lebih 30 peratus daripada jumlah tahun lepas di Baitulmuqa­ddis Timur merupakan perbuatan yang secara terang-terangan melanggar Resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu 2334 (2016).

“Malaysia menggesa Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu supaya menunaikan­tanggungja­wabnya bagi melaksanak­an resolusi bersejarah itu.

“Membiarkan resolusi itu terus tidak dilaksanak­an bererti kegagalan mengundurk­an kembali trend negatif yang mengancam penyelesai­an melalui kewujudan dua negara,” katanya.

Malaysia, kata beliau, amat yakin bahawa penyelesai­an melalui kewujudan dua negara tetap merupakan penyelesai­an paling berdaya maju bagi kedua-dua pihak.

“Malaysia ingin menegaskan sekali lagi sokongan padu kami terhadap usaha mencari penyelesai­an secara adil, menyeluruh dan berkekalan bagi mencapai penyelesai­an melalui kewujudan dua negara, dengan pembentuka­n sebuah negara Palestin yang merdeka, berdasarka­n sempadan yang wujud sebelum 1967, dan Baitulmuqa­ddis Timur sebagai ibu negaranya,” kata beliau.

Anifah berkata Malaysia memuji dan menyokong usaha Raja Abdullah II ibni Al-Hussein, Raja Kerajaan Hashemit Jordan dan Penjaga Wilayah Suci Baitulmuqa­ddis, supaya mengembali­kan ketenangan di bandar suci itu. - Bernama

 ??  ?? ANIFAH bersama Menteri Luar Arab Saudi dalam pertemuan sempena mesyuarat luar biasa terbuka OIC di Istanbul, Turki. Gambar Wisma Putra.
ANIFAH bersama Menteri Luar Arab Saudi dalam pertemuan sempena mesyuarat luar biasa terbuka OIC di Istanbul, Turki. Gambar Wisma Putra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia