Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama semua pihak penting bendung gejala buli

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerjasama semua pihak amat penting dalam usaha memastikan gejala buli yang semakin berleluasa dapat dibendung, kata Ketua Wanita Umno Bahagian Sandakan, Noraini Sulong.

Menurut beliau, ibu bapa dan pihak sekolah khususnya guru-guru memainkan peranan penting seperti sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak agar tidak terjebak dalam gejala itu.

Katanya, perhatian lebih perlu diberikan agar ibu bapa atau guru tahu perkembang­an pelajar di dalam dan luar sekolah.

“Kejadian buli yang kerap berlaku baru-baru ini sangat membimbang­kan. Pemantauan dari semasa ke semasa perlu dibuat termasuk sentiasa berganding bahu dalam soal ini agar gejala ini tidak berleluasa.

“Kalau tidak dibendung, kita khuatir gejala ini akan bertambah parah,” katanya sebagai mengulas mengenai satu kejadian kes buli yang berlaku beberapa hari lepas.

Noraini yang juga pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Daerah Sandakan berkata budaya sosial yang bebas antara penyebab masalah itu berlaku terutama di sekolah mahupun di peringkat tertinggi.

Jelasnya, gejala buli terbahagi kepada dua iaitu buli fizikal dan buli mental yang menyebabka­n para pelajar takut datang ke sekolah.

“Kesimpulan­nya, apa yang penting di sini kerjasama antara semua pihak amat penting bagi memastikan gejala buli ini tidak lagi berleluasa,” katanya.

 ??  ?? NORAINI
NORAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia