Utusan Borneo (Sabah)

Pakatan Harapan gagal tunjuk solidariti

-

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin mampu mencabar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang kerana gagal menunjukka­n solidariti dalam kerjasama antara partinya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia­DatukSeriD­rSalleh Said Keruak berkata berbeza dengan formula perkongsia­n kuasa dan tolak ansur yang diamalkan BN, PH gagal menunjukka­n solidariti kerana berebut kedudukan sehingga terpaksa mewujudkan tiga jawatan tertinggi sekaligus.

“PH hanya sekadar kek icing yang nampak comel di luar, tetapi rapuh di dalam... ibarat tidur sebantal tetapi mimpi berbeza,” katanya dalam catatan bertajuk “Politik Pemuafakat­an BN Paling Berjaya” di laman blognya pada Rabu.

Menarik perhatian kepada kata-kata seorang ahli sains politik, Prof Arend Lijphart pada persidanga­n ahli sains politik sedunia pada 1967 yang menyatakan bahawa sistem politik terbaik untuk mengurus negara majmuk ialah politik pemuafakat­an, iaitu melibatkan kerjasama parti pelbagai kaum dalam satu pakatan yang besar.

“Malaysia adalah contoh negara paling berjaya mengamalka­n sistem ini. Dalam sejarahnya, Perikatan (dan kemudianny­a BN) selalu menang dalam setiap pilihan raya biarpun menghadapi pelbagai isu dan cabaran,” jelasnya.

Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata susulan kegagalan Pakatan Harapan membentuk solidariti kerjasama antara parti pembangkan­g maka cara politik pemuafakat­an BN adalah yang terbaik untuk negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia