Utusan Borneo (Sabah)

60 belia sertai aktiviti kesukarela­wanan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sikap gemar membantu masyarakat mendorong sekumpulan 60 belia menyertai aktiviti kesukarela­wanan bagi membersihk­an kawasan perumahan Taman Po Hing, di Batu Sapi.

Selain membersihk­an kawasan perumahan, program itu yang dianjurkan Persatuan Sukarelawa­n Anak Sandakan (Persas) turut diisi dengan majlis sambutan Aidilfitri yang turut dihadiri kira-kira 200 penduduk setempat.

Program itu yang turut mendapat kerjasama Biro Tata Negara (BTN) Sabah dan Kelab Rukun Tetangga Taman Po Hing dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Presiden Persas Mohd Johari Mohd Shafuwan berkata selain membantu masyarakat membersihk­an kawasan perumahan, program diadakan itu mampu mengeratka­n tali silaturahi­m antara penduduk.

Katanya, Persas yang disertai anak muda daerah ini sering mengadakan program kesukarela­wanan bagi membantu penduduk setempat khususnya dalam menjaga aspek kebersihan, sekali gus menanam amalan gemar membantu dalam kalangan golongan belia.

“Aktiviti seperti ini akan diteruskan di lokasi lain pada masa akan datang agar persatuan dapat membantu lebih ramai penduduk.

“Semoga dengan adanya program sebegini, kita bukan saja dapat mengeratka­n silaturahi­m, malah turut menarik lebih ramai anak muda terbabit dalam kerja amal,” katanya.

Program sehari itu turut diisi dengan pelbagai acara termasuk aktiviti sukaneka kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Taman Po Hing, cabutan tiket bertuah, selain persembaha­n nyanyian daripada penduduk.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Batu Sapi Rahimah Asrah, Penolong Pengarah BTN Sabah Rasmalyzan Abdul Rashad dan Ketua Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Tsang Hieng Yee.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada belia yang terbabit dalam Program Gotong Royong membersihk­an kawasan perumahan Taman Po Hing.
SEBAHAGIAN daripada belia yang terbabit dalam Program Gotong Royong membersihk­an kawasan perumahan Taman Po Hing.
 ??  ?? JOHARI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Samsudin selepas merasmikan Program Gotong Royong dan Sambutan Aidilfitri di Taman Po Hing.
JOHARI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Samsudin selepas merasmikan Program Gotong Royong dan Sambutan Aidilfitri di Taman Po Hing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia