Utusan Borneo (Sabah)

Pengawal diarah buat kerja amal

Buat laporan palsu berhubung kehilangan wang hantaran kahwin

-

Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pengawal keselamata­n terpaksa melakukan kerja amal akibat membuat laporan palsu kononnya kehilangan hampir RM10,000, wang kiriman abangnya untuk hantaran perkahwina­n.

Shafik Sauddin, 19, diarah supaya melakukan kerja amal selama tiga bulan dan tiga jam pada setiap hari mengikut Perintah Kehadiran Wajib dan pemantauan Parol Penjara.

Pemuda itu yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kerana membuat laporan palsu kepada polis, turut dikenakan bon RM1,000 tanpa deposit.

Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus membuat keputusan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n laporan polis yang dibuat oleh tertuduh, begnya ditarik dari arah belakang oleh dua lelaki tidak dikenali pada 5 Julai lepas di hadapan bangunan Empire.

Antara yang dilaporkan­nya hilang, termasukla­h MyKad, lesen memandu kelas B2 dan D, dua kad bank dan wang tunai sebanyak RM9,500.

Namun, hasil siasatan polis mendapati laporan yang dibuat oleh tertuduh adalah palsu,malahsemak­andengan RHB Bank mendapati dia tidak mengeluark­an wang pada hari terbabit.

Tertuduh yang dipanggil memberikan keterangan semula, mengaku membuat laporan palsu kerana takut tindakanny­a berhibur di Nunukan Indonesia menggunaka­n wang kiriman abangnya diketahui keluarga.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Dg Nur Azarinawat­y Ag Kachee.

“Tertuduh

yang dipanggil memberikan keterangan semula, mengaku membuat laporan palsu kerana takut tindakanny­a berhiburdi­NunukanInd­onesiameng­gunakan wang kiriman abangnya diketahui keluarga. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia