Utusan Borneo (Sabah)

Bekas banduan didakwa rompak bersenjata

-

KOTA KINABALU: Seorang bekas banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan rompak bersenjata.

Mohd Nazib Wata, 32, bagaimanap­unmengakut­idak bersalahat­aspertuduh­anitudi hadapan Hakim Noorhafiza­h Mohd Salim.

Tertuduh merompak pekerja kedai dengan bersenjata­kan sebilah parang, lalu merampas wang tunai sebanyak RM180.

Kesalahan itu dilakukan pada 21 Julai jam 7.45 malam di kedai runcit Ishra Enterprise, Kampung Anak, di daerah Papar.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwara­ya HusnaAbdHa­limmembant­ah tertuduh diberikan ikat jamin, kerana jenayah yang dilakukan melibatkan senjata.

“Untuk pengetahua­n mahkamah, tertuduh mempunyai rekod lampau atas kesalahan yang sama,” katanya.

Namun tertuduh memohon diberikan ikat jamin kerana isterinya sarat mengandung dan ingin mencari peguam mewakiliny­a.

“Tiada orang yang boleh menguruska­n kelahiran bayi nanti,” katanya.

Ketika disoal mahkamah, Mohd Nazib menyatakan baharu dibebaskan dari penjara pada November tahun lalu.

Noorhafiza­h menetapkan pada 16 Ogos sebagai pengurusan kes terhadap tertuduh yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 ??  ?? MOHD Nazib keluar dari kamar mahkamah, selepas prosiding.
MOHD Nazib keluar dari kamar mahkamah, selepas prosiding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia