Utusan Borneo (Sabah)

Miliki bahagian badan penyu: Empat lelaki warga asing dihadapkan ke mahkamah

-

TAWAU: Empat lelaki warga asing yang didakwa memiliki plastron, isi, kulit dan cengkerang spesies Penyu Hijau (Chelonia Mydas) tanpa kebenaran, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Namun, Hakim Indra Ayub mengarahka­n Seysal Brunu, 44, Bartasan Gelah, 25, Masikal Jahan, 24, dan Kindat Magane, 50, tampil sekali lagi pada 23 Ogos di mahkamah sama.

Keputusan itu untuk memberikan masa kepada mahkamah mencari penterjema­h bahasa Bajau Laut kerana keempat-empat tertuduh mengaku tidak fasih berbahasa Melayu.

Pendakwaan terhadap seorang lagi rakan mereka tidak diteruskan kerana berusia dibawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk pengusiran ke negara asal.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 41 (4) Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, memperuntu­kkan hukuman denda antara RM50,000 sehingga RM250,000 dan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun.

Mengikut pertuduhan kes, mereka didapati memiliki 18 keping plastron (kulit bahagian dada), tiga guni mengandung­i isi dan kulit penyu dan satu guni sisi cengkerang penyu.

Merekadida­kwamelakuk­an kesalahan berkenaan pada 30 April lepas, kira-kira jam 12.10 tengahari di kawasan laut Pulau Bohey Dulang, Semporna di sebuah bot jongkong.

Penahanan dilakukan oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) diketuai LK (M) Jamalullai­l Mohd Zamani menerusi Ops Pluto Timur.

Spesies Penyu Hijau tergolong sebagai Hasil Haiwan Yang Dilindungi menerusi Senarai Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997.

Siasatan dikendalik­an Pembantu Hidupan Liar Tawau Suantah Bungkok, manakala pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah Silvester @ Sylvester Saimin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia