Utusan Borneo (Sabah)

Mempunyai 17 sabitan lampau miliki dadah, lelaki kena dua tahun

-

KOTA KINABALAU: Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 17 sabitan lampau atas kesalahan memiliki dadah, dikenakan penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Penolong Pendaftar Kanan Herlina Muse menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Zat Taat, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh lima tahun atau dengan keduaduany­a sekali.

Tertuduh yang berada di atas sebuah bot, didapati memiliki dadah seberat 0.01 gram, pada 30 Jun jam 4.39 pagi di kawasan perairan Kota Kinabalu, di sini.

Pendakwaan itu dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nazifah Muhammad dari Jabatan Maritim.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan pada 10 Oktober sebagai tarikh perbicaran terhadap seorang peniaga yang didakwa mengupah seorang imigran haram.

Keputusan itu dilakukan terhadap Lim Sing Kiong@ Ah Kiong selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan, atau dengan keduaduany­a sekali untuk setiap imigran haram.

Menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan terhadap tertuduh.

Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen melakukan pendakwaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia