Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa membunuh dirujuk ke hospital psikiatri untuk pemantauan

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memerintah­kan seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang pemuda dirujuk ke hospital psikiatri untuk pemerhatia­n mental.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Ismail Rasad, 38, selepas membenarka­n permohonan daripada peguam Ram Singh.

Nurchaya berkata, beliau bersetuju dengan permohonan penilaian kali kedua untuk perincian lanjut mengenai kewarasan tertuduh ketika kejadian, berdasarka­n maklumat yang diperolehi daripada ahli keluarga tertuduh.

Ram menyatakan selepas keterangan PW3 (saudara tertuduh) yang sendiri melihat keadaan tertuduh sebelum kejadian, beliau memohon anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri untuk pemantauan.

Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun bersetuju dengan pihak pembelaan, berdasarka­n laporan ahli psikiatri, maklumat diperolehi daripada ibu dan saudara tertuduh tetapi tidak dinyatakan jenis informasi berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ismail didakwa membunuh mangsa yang berusia 19 tahun, pada 1 Mei tahun lalu jam 11.30 malam, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Rampayan, Manggatal, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Kini tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes berkenaan selesai.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia