Utusan Borneo (Sabah)

Ihtifal Alam Ria Pasti Tawau berjalan dengan jayanya

- Oleh NORHAYATI TANGNGA

TAWAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Daerah Tawau telah mengadakan Ihtifal Alam Ria Pasti Kawasan Tawau yang telah berlangsun­g pada Ahad di Dewan SJKC Yuk Chin dan dirasmikan oleh Arizam Elyas, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n dan tahniah atas program yang berjaya diadakan saban tahun bahkan menjadikan Program Alam Ria Pasti sebagai medan latihan pembinaan jati diri pelajar Pasti tersendiri.

Turut hadir memeriahka­n program itu ialah Karim Dullah (pengerusi Pasti kawasan Tawau merangkap Pengarah Pasti Negeri Sabah), Mohamad Husain (YDP), Mohd Nasir Che Ali, Zakaria Abd Rashid, Darmah Fatah dan Nur Hidayat Rahmat.

Sebanyak 24 Pasti telah menyertai pertanding­an itu. Selain Pasti Kawasan Tawau, penyertaan turut datang dari Pasti Kawasan Semporna dan Silam.

Kira-kira 500 peserta menunjukka­n kebolehan dan bakat dalam lapan acara yang dipertandi­ngkan iaitu azan, hafazan, pidato, khutbah, bercerita, sajak, nasyid dan pertanding­an mewarna.

Johan pertanding­an Deklamasi Sajak (P) ialah Pasti Nurul Najah 1, Tmn Megah Jaya; johan Sajak (L) dimenangi Nurul Iman 2, Tg Batu Darat; johan Azan ialah Pasti Nurul Huda Pasir Putih; Johan bercerita (P) Pasti An Nur Jaya Baru Kunak; johan bercerita (L) Pasti Nurul Huda, Pasir Putih; johan Pidato Pasti Nurul Huda, Pasir Putih; johan Khutbah Pasti Mawaddah, Taman Ria; dan johan Nasyid Pasti Nurul Iman 1, Tg batu Laut.

Johan keseluruha­n Ihtifal Alam Ria Pasti Kawasan Tawau dimenangi oleh Pasti Nurul Huda, Pasir Putih, naib johan Pasti Nurul Mawaddah, Taman Ria dan tempat ketiga Pasti Nurul Iman 1, Tg Batu Laut.

 ??  ?? JOHAN kategori Nasyid, Pasti Nurul Iman 1, Tg Batu Laut.
JOHAN kategori Nasyid, Pasti Nurul Iman 1, Tg Batu Laut.
 ??  ?? JOHAN kategori Pidato, Nurul Ain Sabarah dari Pasti Nurul Huda Pasir Putih.
JOHAN kategori Pidato, Nurul Ain Sabarah dari Pasti Nurul Huda Pasir Putih.
 ??  ?? JOHAN pertanding­an Deklamasi Sajak, Qhairin Qhaisara Qhistina Mahyudin dari Pasti Nurul Najah 1 Tmn Megah Jaya.
JOHAN pertanding­an Deklamasi Sajak, Qhairin Qhaisara Qhistina Mahyudin dari Pasti Nurul Najah 1 Tmn Megah Jaya.
 ??  ?? MOHAMAD Fikram Mohamad Faizal johan kategori Azan dari Pasti Nurul Huda Pasir Putih.
MOHAMAD Fikram Mohamad Faizal johan kategori Azan dari Pasti Nurul Huda Pasir Putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia