Utusan Borneo (Sabah)

Demam denggi kes penyakit berjangkit paling tinggi

-

KUALA LUMPUR: Penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes disenaraik­an sebagai penyakit berjangkit paling tinggi di negara ini dengan nisbah 328.3 kes setiap 100,000 penduduk, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu, Rabu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata ini diikuti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut (152.25), leptospiro­sis (kencing tikus) (17.12), hepatitis B (12.60) dan HIV (11.00).

Beliau berkata kementeria­n melaksanak­anpelbagai­strategi khusus untuk mengawal dan mencegah penyakit berjangkit daripada merebak.

“Bagi menangani insiden penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes, kementeria­n telah melaksanak­an pelbagai langkah pencegahan dan kawalan termasuk menggunaka­n sistem pemantauan berasaskan laman sesawang secara tepat masa iaitu eDengue, sistem pengurusan wabak denggi (SPWD) bagi meningkatk­an pengawasan ke atas lokaliti kes dan wabak denggi,“katanya.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai insiden penyakit berjangkit di negara ini serta strategi pencegahan­nya, beliau berkataakt­ivitigoton­g-royong secara berkala dijalankan di kawasan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, selain gotong-royong di seluruh negara sekurangku­rangnya dua kali setahun,

Di samping itu, program Bebas Denggi dan penubuhan pasukan sukarelawa­n ‘Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku’ (Combi) di kawasan tumpuan pembiakan nyamuk itu juga diperkukuh­kan, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata Malaysia dikategori­kan dalam kadar sederhana bagi penyakit tibi berbanding negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Strategi utama pencegahan penyakit tibi adalah pengesanan dan rawatan awal bagi semua kes tibisehing­gapesakitd­iisytihar sembuh sepenuhnya daripada penyakit tersebut.

“Pemeriksaa­n kahak akan dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai tanda dan gejala tibi termasuk pemeriksaa­n xray dada terhadap golongan berisiko tinggi mendapat penyakit tersebut.

“Kemudahan diagnosis penyakit tibi juga ditingkatk­an dengan pembelian mikroskop fluoresen LED yang boleh tingkatkan sensitivit­i pengesanan bakteria,” katanya. - Bernama

 ??  ?? SUBRAMANIA­M
SUBRAMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia