Utusan Borneo (Sabah)

KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan yang mengandung­i kandungan yang memudaratk­an kepentinga­n awam, ketenteram­an awam, kemoralan dan menggempar­kan fikiran orang ramai.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata warta perintah larangan dikeluarka­n mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimport­an, penghasila­n, penghasila­n semula, penerbitan, penjualan, pengeluara­n, pengelilin­gan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Alwi berkata lima penerbitan didapati mengandung­i fakta yang mengeliruk­an dan bertentang­an dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.

“Penerbitan-penerbitan tersebut juga dilihat boleh mengeliruk­an orang ramai dan dikategori­kan sebagai menyelewen­g daripada ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya.

Tajuk penerbitan tersebut adalah Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam, Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan dan Agama, Menuju Reformasi Perundanga­n Islam, Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W. dan Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Malapetaka Akhir Zaman.

Alwi berkata dua penerbitan pula mempunyai unsur-unsur yang menghina agama Islam dan negara.

“Kedua-dua penerbitan tersebut mungkin memberi implikasi negatif dari sudut keselamata­n negara,” katanya, merujuk kepada tajuk penerbitan Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity & The Jews dan From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia.

Dalam pada itu, terdapat satu penerbitan bertajuk ‘Saucy Seaside Postcards’ yang isi kandungan atau artikelnya berunsur seks serta memuatkan gambar-gambar lucah yang keterlalua­n yang dilihat tidak bersesuaia­n dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia, katanya.

“Secara keseluruha­nnya, kesemua penerbitan yang diterbitka­n di dalam negara dan di luar negara tersebut dilihat boleh memudaratk­an atau mengeliruk­an pembaca terutamany­a generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,”katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia