Utusan Borneo (Sabah)

Veteran tentera sambut baik enam inisiatif untuk kebajikan mereka

-

KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) menyifatka­n enam inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada veteran tentera sebagai hadiah yang dinantikan.

“PVATTBM sangat gembira dan menyambut baik hadiah tersebut sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbana­n veteran-veteran tentera mempertaha­nkan kedaulatan negara terutama mereka yang tidak berpencen,” kata Presiden persatuan, Ismail Abidin.

Katanya inisiatif itu membuktika­n kerajaan prihatin dengan nasib veteran tentera kerana usaha meningkatk­an kebajikan mereka sentiasa dikaji dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Antara inisiatif itu ialah program Membaik pulih Rumah Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam untuk anak-anak veteran ATM, Skim Bantuan Bencana Alam dan Skim Pencen Hilang Upaya yang diumumkan Najib pada perhimpuna­n veteran ATM di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ismail berkata PVATTBM turut menghargai langkah kerajaan itu termasuk memberi sumbangan RM1,200 setahun kepada 66,000 veteran tentera selainBant­uanRakyat1­Malaysia (BR1M) dan RM600 setahun kepada 10,959 veteran bukan penerima BR1M berumur lebih 60 tahun.

Katanya PVATTBM masih mengemas kini data lebih 140,000 orang lagi veteran ATM tidak berpencen tetapi bukan penerima BR1M berumur bawah 60 tahun.

“Saya berharap setiap cawangan PVATTBM negeri mengemas kini data veteran tentera supaya mereka dapat menikmati bantuan-bantuan kebajikan yang disediakan kerajaan,” tambahnya.

Ismail juga berharap perdana menteri dapat menyalurka­n bantuan yang diumumkan itu sebelum Aidiladha tidak lama lagi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia