Utusan Borneo (Sabah)

MyDAMS selaras pengurusan keselamata­n di empangan

-

KUALA LUMPUR: Pengurusan keselamata­n empangan seluruh negara bakal diselarask­an melalui Garis Panduan Pengurusan Keselamata­n Empangan di Malaysia (MyDAMS), kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata MyDAMS akan membolehka­n pengurusan keselamata­n kesemua 104 empangan dijalankan secara sistematik setanding dengan pengurusan empangan di peringkat antarabang­sa.

“Sebelum ini empangan di negara ini dimiliki oleh operator yang berbeza. Ada yang dimiliki kementeria­n, ada yang dimiliki kerajaan negeri serta mempunyai garis panduan pengurusan keselamata­n yang berbeza, kita mahu satu garis panduan khususbagi­mengelakse­barang kejadian tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke-12 di Bangunan Parlimen, Rabu.

MSAN ke-12 itu dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut disertai menteri besar, ketua menteri serta wakilwakil kerajaan negeri.

Wan Junaidi berkata penyelaras­an garis panduan ini penting kerana apabila berlaku kejadian seperti empangan pecah dan sebagainya ia boleh mendatangk­an bencana besar kerana terdapat kawasan empangan berada di kawasan kediaman penduduk.

Katanya, pemantauan ke atas 104 empangan di seluruh negara juga sedang dilakukan secara berperingk­at bagi memastikan garis panduan itu diguna pakai dengan efektif kelak. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia