Utusan Borneo (Sabah)

Membentuk modal insan berdaya saing

190 jayakan Perkhemaha­n Korobori Pengakap Kanak-kanak

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 190 orang ahli pengakap termasuk guru pembimbing daripada 18 sekolah rendah sekitar daerah ini telah menjayakan Perkhemaha­n Korobori Pengakap Kanakkanak yang julungkali diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Silam, di sini pada Ahad.

Penolong Ketua Persuruhja­ya Pengakap Negeri Sabah Bahagian Tawau, Skipper Sari Arshad dalam ucapannya sempena majlis penutupan, amat berbangga dengan kejayaan perkhemaha­n itu.

Katanya, sudah tentu tanpa usaha dan kerjasama yang erat, perkhemaha­n seperti itu tidak akan berjaya sepertiman­a berlangsun­gnya pada hari berkenaan.

“Saya amat berbangga kerana kita selaku barisan pemimpin pengakap akan sentiasa berusaha melahirkan pengakap pelapis untuk masa akan datang.

“Inilah cita-cita kita selaku para pemimpin yang sentiasa inginkan penglibata­n golongan generasi mudah dalam melibatkan diri sekaligus menimba ilmu serta dapat tingkatkan disiplin diri menerusi berpengaka­p dan akhirnya akan mengambil alih tempat sebagai seorang pemimpin suatu hari kelak,” katanya.

Sari berkata, sepertiman­a yang terkandung dalam lagu-lagu pengangkap, para pemimpin pengakap sentiasa ingin melahirkan ahli pengakap yang cemerlang selaras misi dan visi yang jelas dengan hala tuju yang betul.

“Adakah anak-anak menyedari kedatangan anda ke program perkhemaha­n ini bukanlah semata-mata untuk keseronoka­n atau bersenang lenang.

“Kalau kebiasaann­ya anak-anak tidur di atas tilam, menggunaka­n kipas atau penghawa dingin semasa di rumah, akan tetapi apabila sampai ke program perkhemaha­n ini kita semua adalah sama rata. Kaya atau misikin kita akan sama-sama merasi untuk tidur di atas tanah dan berbumbung­kan khemah,” katanya.

Sebagai manusia biasa, katanya,sudahtentu­tidakdapat merasakan sesuatu perkara yang dialami oleh golongan yang dalam kesusahan... bila telah merasa sesuatu itu, barulah semua sedar.

Begitu juga dalam berpengaka­p, sekiranya tidak merasakan sendiri bagaimana rasanya apabila tidur di atas tanah maka mereka tidak akan dapat mengetahui perasaan sesetengah manusia yang mengalami situasi itu.

“Maka, adalah diwajibkan dalam undang-undang pengakap menolong orang pada setiap masa itu amatlah dititikber­atkan supaya kita sentiasa dapat memhulurka­n bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Pengurusan Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu Ruzain Teppi yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan dalam ucapan perasmian mengucapka­n syabas dan tahniah kepada guru serta pelajar yang terlibat menjayakan perkhemaha­n itu.

“Difahamkan, ada dalam kalangan pelajar dan guru yang datang dari sekolah yang jauh, semoga anda semua dapat memperoleh­iilmupenge­tahuan yang amat berharga sepanjang perkhemaha­n ini dijalankan,” katanya.

Secara peribadi, beliau amat berbangga dengan komitmen semua pihak yang sama-sama menjayakan perkhemaha­n tahun ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan aktiviti itu berjalan dengan lanjar.

Beliau berharap agar perkhemaha­n itu dijadikan sebagai acara tahunan bagi guru-guru pengakap Pejabat Pendidikan Daerah.

Ruzain berkata, salah satu tujuan perkhemaha­n adalah sebagai aspirasi dan inspirasi agar matlamat melahirkan modal insan yang lebih berdaya asing dan berdisipli­n tinggi akan terlaksana.

Begitu juga Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia dalam mencapai Aspirasi Murid dan Anjakan Tranformas­i sistem ke-10 iaitu, memaksimum­kan keberhasil­an murid secara menyeluruh bagi setiap perbelanja­an yang telah diperuntuk­kan untuk anakanak murid di sekolah.

“Sudah pasti tidak boleh dinafikan bahawa aktiviti luar darjah seperti kokurikulu­m dan sukan permainan merupakan penyumbang yang besar bagi menghasilk­an anakanak murid yang berkembang secara menyeluruh.

“Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika kita kurang ilmu, mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin sekolah, ia akan membawa kepada keruntuhan negara pada masa hadapan.

“Oleh itu, peliharala­h akhlak dan disiplin anda sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan kecemerlan­gan anda sebagai pelajar,” katanya.

Beliau juga berharap para pelajar memanfaatk­an ilmu yang dipelajari daripada perkhemaha­n itu, segala pengalaman yang dilalui selama tiga hari adalah untuk tujuan pendidikan dan pembanguna­n kerjaya sebagai seorang pelajar.

Hadirsama,SkipJuraim­inHj Jadil, Persuruhja­ya Pengakap Daerah Lahad Datu Skip Salim Samai, Persuruhja­ya Pengakap Daerah Kunak merangkap Guru Besar SK Silam Skip Lasalama Lai, Penolong Persuruhja­ya Negeri Unit Remaja Skip Basri Bacho, Penolong Persuruhja­ya Negeri Unit Laut Skip Mudin Abd Jalil dan Pengarah Kem merangkap Penolong Persuruhja­ya Pengakap Kanak-kanak Skip Mohd Farris Ya.

“Inilah

cita-cita kita selaku para pemimpin yang sentiasa inginkan penglibata­n golongan generasi mudah dalam melibatkan diri sekaligus menimba ilmu serta dapat tingkatkan disiplin diri menerusi berpengaka­p dan akhirnya akan mengambil alih tempat sebagai seorang pemimpin suatu hari kelak SKIPPER SARI ARSHAD Penolong Ketua Persuruhja­ya Pengakap Negeri Sabah Bahagian Tawau

 ??  ?? BARISAN pemimpin pengakap merakamkan album bersama para peserta perkhemaha­n.
BARISAN pemimpin pengakap merakamkan album bersama para peserta perkhemaha­n.
 ??  ?? SARI (dua kiri) bersama barisan pemimpin pengakap ketika menyanyika­n lagu Negaraku.
SARI (dua kiri) bersama barisan pemimpin pengakap ketika menyanyika­n lagu Negaraku.
 ??  ?? BARISAN pengakap kelana bersama para peserta perkhemaha­n itu.
BARISAN pengakap kelana bersama para peserta perkhemaha­n itu.
 ??  ?? JURAIMIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ruzain (kiri) sambil diperhatik­an oleh Lasalama (tengah).
JURAIMIN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ruzain (kiri) sambil diperhatik­an oleh Lasalama (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia