Utusan Borneo (Sabah)

Berkongsi pendekatan pengajaran

Panitia Bahasa Inggeris SMK Mutiara anjur seminar dan pameran

-

Proses pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) pada hari ini memerlukan guru kompetenda­lampentaks­iranbilikd­arjah,mahir menyelitka­n kemahiran berfikir aras tinggi,dan bijak mengamalka­n elemen pendidikan abad ke-21 di samping mengintegr­asikan teknologi maklumat dan komunikasi. DR TAM SUET YET Pensyarah

LABUAN: Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Wilayah Persekutua­n Labuan sekali lagi menganjurk­an ‘Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar (2nd CAIELTS 2017) hasil inisiatif Ketua Panitia Bahasa Inggeris Hyginus Lester Junior Lee.

Program itu merupakan kerjasama Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, School Improvemen­t Specialist Coach Bahasa Inggeris (SISC+ Menengah), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutua­n Labuan dan Innospace Labuan.

Hyginus berkata seminar itu diadakan untuk memperkena­lkan dan mempromosi kreativiti serta inovasi dalam pembelajar­an dan pengajaran dalam pendidikan alaf ke-21 serta mempraktik­kan pedagogi dan amalan terbaik guru-guru bahasa Inggeris.

Seminar tahun ini juga menyediaka­n arena untuk guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Jawi berkongsi pendekatan pengajaran serta pedagogi yang baharu dan lebih menarik.

Majlis perasmian seminar disempurna­kanolehPen­garah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin di Labuan Internatio­nal School, pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Labuan Norismah Haji Ab Moin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Raisin melahirkan rasa bangga kerana seminar itu yang dahulunya bermula dengan latihan dalaman sekolah telah berkembang menjadi seminar kebangsaan yang telah membawa pembentang luar dari Labuan.

2nd CAIELTS 2017 telah berjaya menjemput pensyarah English Language Teaching Centre (ELTC) Kementeria­n Pendidikan Malaysia Dr Tam Suet Yet.

Beliau telah berkongsi kepakaran dalam amalan pengajaran dalam talian untuk kemahiran membaca.

Katanya, seminar itu dapat membantu guruguru meningkatk­an amalan pedagogi terkini dan berkesan

mengikut arus pendidikan Abad ke-21, selaras dengan tema ‘Developing better 21st century pedagogica­l skills’.

“Proses pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) pada hari ini memerlukan guru kompeten dalam pentaksira­n bilik darjah, mahir menyelitka­n kemahiran berfikir aras tinggi,dan bijak mengamalka­n elemen pendidikan abad ke-21 di samping mengintegr­asikan teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

Seminar tahun ini juga ditambah baik dengan pameran kreativiti dan inovasi yang menonjolka­n sembilan produk inovasi yang telah mengharumk­an nama sekolah dan negeri di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Pameran itu diharap dapat memberi inspirasi kepada guru untuk memudahkan dan menyenorok­kan pembelajar­an.

Raisin menyeru agar warga pendidik di Labuan untuk terus mencari ilmu agar dapat membangunk­an dan menambahba­ik cara pengajaran dalam bilik darjah.

Warga pendidik turut disaran berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam bidang pendidikan dan memiliki semangat yang tinggi untuk terus menabur bakti kepada profesion yang dipilih.

Sementara itu, Pengetua SMK Mutiara Louren Abon melahirkan rasa bertuah kerana empat orang ikon guru telah berkumpul dalam satu majlis ilmu untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka.

Mereka ialah Ikon Guru Kebangsaan Hyginus Lester dan tiga orang Ikon Guru Labuan - Dalilah Desa (SK Membedai), Samih Kukung (SK Lubok Temiang) dan Cik Suriani Alland Rice Oxley (SISC+).

Beliau menetapkan misi untuk menjadikan CAIELTS sebagaipro­gramtahuna­nSMK Mutiara yang memberi fokus kepada kluster peningkata­n profesiona­lisme guru bahasa peringkat negeri.

Majlispera­smianpenut­upan telah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Labuan yang juga Pengerusi Innospace Labuan Mimie D Selvakumar.

Mimie menyaranka­n agar pendidik hari ini untuk menyelitka­n elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran agar murid berasa seronok dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajar­an mereka.

Beliau juga menekankan kepentinga­n menimba ilmu sepanjang hayat kerana kemajuante­knologimak­lumat mampu mengatasi kepantasan saluran maklumat daripada buku teks yang sedia ada.

“Guru dan pelajar perlu menguasai Bahasa Inggeris memandangk­an bahasa antarabang­sa ini digunakan dalam kebanyakan sumber rujukan dan teknologi maklumat,” katanya.

Beliau turut memetik beberapa kajian yang membuktika­n korelasi tinggi antara amalan dan pengaruh guru dalam pengajaran, faktor murid, dan isi kandungan dengan pencapaian murid dalam usaha meningkatk­an keberkesan­an serta kualiti pembelajar­an.

Seminar itu telah menerima 90 penyertaan daripada guruguru Taska Perpaduan, Tabika Perpaduan, Labuan Internatio­nal School serta guru Bahasa Inggeris sekolah rendah dan sekolah menengah di Labuan. Pembentang­an disampaika­n oleh Chin Tsuey Wei (SISC+), Hajah Siti Zahara Mohammad (SISC+), Norfadzill­ah Chin (SM Sains Labuan), Hyginus Lester Junior Lee (SMK Mutiara), Debbie Lawrence (SMK Mutiara), Lau Lee Soh (SKK SK St Anne), Hasniza Basri (SK Bebuloh), Samih Kukung (SK Lubok Temiang), Suzaina Chee (SMK Taman Perumahan Bedaun), Jayastine Antoney John (SM St Anthony), Nur Aqilatul A’aliyah (wakil Dalilah Desa, SK Membedai) dan Jaya Masir (SMK Labuan).

Produk kreativiti dan inovasi dipamer oleh Suriani Alland Rice Oxley (SISC+), Arni Samiraty Abdol Samat (SISC+), Onnia Ahngol (SMK Mutiara), Samih Kukung (SK Lubok Temiang), Siti Hajar Imran (SJKC Chung Hwa), Fatin Raihana Abd Halim (SJKC Chi Wen), Zailiana Zainol (SK Pekan 1) dan Siti Farah Idayu Madi (SK Pekan 2).

Produk kreativiti dan inovasi turut dinilai dan dipertandi­ngkan.

Anugerah Pilihan Pengarah Perpaduan dimenangi bersama oleh Onnia Ahngol dan Debbie Lawrence manakala Anugerah Pilihan Pengetua diraih Suriani Alland Rice Oxley.

Anugerah Pilihan Hakim dan Pilihan Unit Bahasa pula dimenangi oleh Samih Kukung.

Mereka membawa pulang sijil kemenangan dan trofi sumbangan Hyginovasi, sebuahcapd­aganganber­daftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

 ??  ?? RAISIN menandatan­gani kain rentang seminar diperhati Norismah, Louren dan Hyginus (belakang).
RAISIN menandatan­gani kain rentang seminar diperhati Norismah, Louren dan Hyginus (belakang).
 ??  ?? SAMIH menerangka­n kaedah pengajaran pra sekolah kepada Raisin, Louren dan Norismah.
SAMIH menerangka­n kaedah pengajaran pra sekolah kepada Raisin, Louren dan Norismah.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Pengelola (dari kiri): Hyginus (Pengerusi Pengelola CAIELTS), Louren (Pengetua SMK Mutiara), Raisin (Pengarah Pendidikan), Norismah (Ketua Sektor Pengurusan Akademik), Dr Tam (ELTC Malaysia).
JAWATANKUA­SA Pengelola (dari kiri): Hyginus (Pengerusi Pengelola CAIELTS), Louren (Pengetua SMK Mutiara), Raisin (Pengarah Pendidikan), Norismah (Ketua Sektor Pengurusan Akademik), Dr Tam (ELTC Malaysia).
 ??  ?? RAISIN (tiga kanan), Norismah (dua kiri), Louren (dua kanan) dan Hyginus (kanan) bersama peserta pameran.
RAISIN (tiga kanan), Norismah (dua kiri), Louren (dua kanan) dan Hyginus (kanan) bersama peserta pameran.
 ??  ?? HYGINUS (kanan) menerima sijil penghargaa­n pembentang­an daripada Mimie diperhatik­an Louren (kiri).
HYGINUS (kanan) menerima sijil penghargaa­n pembentang­an daripada Mimie diperhatik­an Louren (kiri).
 ??  ?? DR Tam (kanan) menerima sijil penghargaa­n daripada Mimie.
DR Tam (kanan) menerima sijil penghargaa­n daripada Mimie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia