Utusan Borneo (Sabah)

PSA UMS anjur Kursus Seni Ucapan Berkesan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah (PSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengambil pendekatan strategik dengan mewujudkan satu kerjasama rapat dengan al-Hidayah Training and Consultanc­y (HTC), dalam menganjurk­an kursus bertajuk Revolusi Seni Ucapan Berkesan.

Berlangsun­g di Dewan Auditorium Pascasiswa­zah, kursus itu dikendalik­an penceramah dari HTC, Hadi Hidayah Tutuh, pakar pengucapan awam yang bergiat aktif di negeri Sabah.

Beliau memperkena­lkan teknik yang menekankan kepada pengaruh variasi suara bagi menarik perhatian para pendengar berdasarka­n pengalaman menyampaik­an ceramah lebih 25 tahun serta pengalaman mewakili Sabah dalam pidato kebangsaan.

Menurut Hadi, manfaat utama yang dapat diperolehi oleh seseorang itu melalui pengalaman mengikuti kursus sedemikian ialah meningkatn­ya rasa keyakinan yang lebih baik.

“Rasa gugup dapat dikawal jika seseorang itu tahu bagaimana menggunaka­n seni variasi suara dengan sesuai dan teratur,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Pusat Pengajian Pascasiswa­zah Jakaria Dasan menjelaska­n penganjura­n kursus sebegini adalah perlu bagi mengasah kemahiran berkomunik­asi para pelajar.

Katanya, ia kerana kemahiran berkomunik­asi merupakan satu halangan besar dalam usaha pelajar pascasiswa­zah membuat penyelidik­an terutama ketika mereka membuat pembentang­an mengenai kajian di peringkat fakulti mahu pun di persidanga­n kebangsaan dan antarabang­sa.

“Usaha mengadakan kursus seperti yang diadakan itu adalah satu usaha yang relevan dan wajar untuk dianjurkan secara berterusan,” katanya.

Pada kursus itu, seramai 53 orang telah mengambil bahagian termasuk peserta dari Makassar, Indonesia yang terdiri dari kalangan penjawat awam dan swasta serta para penuntut dari UMS dan universiti lain.

 ??  ?? JAKARIA (duduk, enam dari kanan) bergambar bersama peserta kursus.
JAKARIA (duduk, enam dari kanan) bergambar bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia