Utusan Borneo (Sabah)

Kemaskini Sharifah sertai Enactus UMS untuk bantu komuniti

-

MEMBANTU komuniti dan minat pada alam sekitar menjadi faktor utama penglibata­n Sharifah Aziah Jasmine Sharif Jakaria dalam Kelab Enactus Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang menjuarai Kejohanan Enactus Kebangsaan di Kuala Lumpur pada minggu lepas.

Pelajar tahun tiga Program Ijazah Sarjana Muda Sains Marin di UMS dan berusia 22 tahun itu juga adalah presiden kelab tersebut yang turut melayakkan diri mewakili Malaysia pada Kejohanan Enactus Piala Dunia di London pada September depan.

Sharifah Aziah berkata niat dan minatnya itu dapat dilaksanak­an menerusi dua projek komuniti Kelab Enactus UMS yang memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Tudan Tuaran dan Pulau Sepanggar Kota Kinabalu.

Dua projek komuniti itu yang bermula tahun lepas adalah Projek Teh Daun Mulberi di Kampung Tudan Tuaran yang membantu meningkatk­an pendapatan 65 peserta dari RM500 sebulan kepada RM700 sebulan.

Selain itu, Projek Payao iaitu pemasangan tukun tiruan di laut Pulau Sepanggar yang membantu meningkatk­an hasil tangkapan ikan dan pendapatan 23 nelayan di pulau itu.

Sharifah Aziah yang kini menjalani latihan industri di Pusat Penjelajah­an Hutan Hujan (RDC) Sepilok di sini menyifatka­n penglibata­nnya dalam projek itu berbaloi apabila dapat membantu penduduk di dua kampung meningkatk­an pendapatan mereka.

“Apa yang saya buat berkaitan dengan minat saya. Sebab itu walaupun jadual belajar di UMS padat setiap hari, waktu untuk aktiviti kelab dapat saya bahagikan dengan baik.

“Biarpun sedang menjalani latihan praktikal di RDC, komitmen saya kepada kelab Enactus UMS tetap diteruskan untuk persiapan menghadapi kejohanan Enactus Piala Dunia di London pada 24 hingga 25 September nanti di London,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau yang juga anak tunggal kepada pasangan guru Fauziah Binti Abdul Rahim dan Sharif Jakaria Sharif menyifatka­n ibu dan bapanya merupakan pendorong kuat untuknya bergiat dalam aktiviti kemasyarak­atan dan pembelajar­an.

Katanya sejak menyertai Enactus, masa bersama keluarga memang kurang tetapi mereka memberikan sokongan motivasi yang kuat.

“Apabila diumumkan juara kejohanan Enactus Kebangsaan, mereka turut gembira sebab nampak cabaran saya hadapi dalam masa setahun dan menyifatka­n usaha saya sangat berbaloi,” kata Sharifah Aziah, yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Sains Marin di UMS.

Beliau juga merupakan Ketua Exco Sains Marin dalam Jawatankua­sa Persatuan Mahasiswa UMS dan turut menganggot­ai Persatuan Belia Perubahan Iklim Malaysia.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sandakan itu berterima kasih kepada pengetua sekolah Lim Li Li, individu yang mengasah potensi untuk berani bersuara terutama menghantar­nya menyertai Program Pertukaran Rangkaian Sekolah Tanah Lembab ASEAN 2011 di RDC Sepilok ketika di Tingkatan Empat.

Katanya pusat itu banyak memberinya kesedaran mengenai alam sekitar dan sebab itu dia memilih untuk menjalani latihan industri di pusat itu.

Pada Kejohanan Enactus Kebangsaan, Sharifah Aziah merupakan antara empat penyampai pasukan Enactus UMS bersama Suganya Subraniam, Nimmalan Gaijandren dan Isabella Check Ying Chen.

Sembilan lagi anggota pasukan dalam kejohanan itu adalah Sarah Nafisa Rosli, Shahrul Danial Haikal Mohd Saidi, Muhammad Adlin Saufi Mohd Zamri, Muhammad Luqman Mohd Firdaus Sugumar, Muhammad Atif Drani, Mohammad Azizan Junit, Anis Rohayu Zulkiflee, Muhamd Amirrul Ariff Ariffin dan Mathan Ganasan. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? KELAB Enactus Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika menjuarai Kejohanan Enactus Kebangsaan 2017 yang disertai pada minggu lepas di Kuala Lumpur. Mereka akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Enactus Piala Dunia di London pada 24 hingga 25 September...
-Gambar Bernama KELAB Enactus Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika menjuarai Kejohanan Enactus Kebangsaan 2017 yang disertai pada minggu lepas di Kuala Lumpur. Mereka akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Enactus Piala Dunia di London pada 24 hingga 25 September...
 ?? SHARIFAH ?? menunjukka­n plak juara Kejohanan Enactus Kebangsaan 2017 yang disertai pada minggu lepas di Kuala Lumpur.
SHARIFAH menunjukka­n plak juara Kejohanan Enactus Kebangsaan 2017 yang disertai pada minggu lepas di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia