Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman lain di Bandar Yala

-

H

AMPIR semua wanita di bandar itu, saya perhatikan mengenakan tudung. Selain kereta, saya lihat ramai orang lebih selesa menggunaka­n motosikal sebagai pengangkut­an utama. Terdapat banyak papan tanda tertulis dalam bahasa Melayu aksara Jawi, walaupun kebanyakan dalam tulisan siam.

Saya agak teruja kerana penduduk di bandar itu masih kental kemelayuan­nya.Itulah Yala, sebuah kota yang sukar dilupakan. Bandar Yala dikatakan antara bandar paling bersih di Thailand. Majoriti pendudukny­a dari masyarakat Melayu Islam.

Yala terletak kira-kira 137 kilometer di Haadyai, itu kalau mengikut wikipedia. Saya lupa bertanya berapa jarak antara Pattani dan Yala. Prof Nik Rakib Nik Hassan membawa kami dari tempat kami menginap di Pattani ke Narathiwat kemudian dari Narathiwas, naik bas umum lagi ke Yala.

Di bandar itu, Nik Rakib membawa kami makan di sebuah gerai di lorong jalan berdepan stesen keretapi, berdekatan jalan masuk ke masjid, yang dikenali masjid Pakistan. Beliau memesan sup perut, menu terkenal dan menjadi sedap di lidah kami yang kelaparan.

Walaupun tidak makan daging, tetapi saudara Akiah agak menyukai makanan itu. Begitu juga imam Masdin dan Mabulmaddi­n. Menu di gerai yang kelihatan sederhana itu ternyata amat menyelerak­an.

Sebelum itu, kami sempat berkunjung ke Yala Rajabath University, sebuah institut pengajian tinggi yang melatih mahasiswin­ya khusus dalam bidang pendidikan.

Kami juga sempat singgah di Masjid Besar Wilayah Yala.Saya dapat merasakan masyarakat di wilayah ini taat kepada ajaran agama.

Cuma malangnya, telefon tidak boleh `roaming’ di ketiga wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani. Jadi untuk membuat panggilan telefon, kita terpaksa meminjam telefon rakan di sana. Saya tidak tahu maklumat terkini, kalau dahulu akses telefon boleh dikatakan tiada atau sukar di akses.

Saya teringat sejarah singkat berkaitan bandar ini , yang pernah saya baca satu ketika dahulu. Dalam pemerintah­an Raja Rama 1, berikutan perjanjian yang dimeterai oleh British dan Kerajaan Siam dalam tahun 1909, Pattani ditakluki dan wilayah Narathiwat dan Yala ditadbir secara berasingan.

Masyarakat Melayu di wilayah selatan terpisah, baik dari sudut sejarah, bahasa dan budaya dengan majoriti penduduk Thailand .Walaupun masyarakat Melayu adalah golongan majoriti di Selatan Thai tetapi pada hakikatnya, mereka adalah golongan minoriti jika dilihat secara keseluruha­nnya.

Hampir 70 peratus penduduk Yala terdiri dari orang Melayu Islam. Mereka memiliki ciri khas yang tersendiri. Selain berlainan bangsa, bahasa pertuturan dan budaya, mereka juga berlainan agama dan sejarah dengan pendudukan keturunan Thai

Penduduk keturunan Melayu mendiami wilayah wilayah di Selatan Thailand itu seperti wilayah-wilayah Melayu Patani (Kerajaan Melayu Patani lama) iaitu Wilayah Pattani, Yala, Narathiwas; wilayah bekas tanah jajahan Kedah, Malaysia iaitu Wilayah Setul dan kawasan Kerajaan Melayu Patani lama yang diserah kepada kerajaan Singora atau Songkla iaitu 4 daerah (Nathawi, Sabayoi, Chanak dan Sadao) di Wilayah Songkhla.

Meskipun suasana kemelayuan masih sangat terasa ketika kita berkunjung ke Yala dan wilayah selatan Thai, tetapi mereka berhadapan dengan masalah generasi baru yang kini semakin kurang menguasai bahasa ibunda sendiri.

Anak-anak generasi baru kini tidak lancar lagi berbahasa Melayu kerana sistem pelajaran di sekolah menggunaka­n bahasa Siam. Difahamkan, hanya mereka yang pernah belajar di madrasah, boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik. Selainnya masih boleh berkomunik­asi dalam loghat melayu tempatan.

Masyarakat Melayu berdepan masalah kemerosota­n terutamany­a dalam hal berkaitan bahasa ibunda mereka. Jika tidak ada langkah diambil untuk membantu masyarakat Melayu di selatan Thai dalam memulihara dan melestari bahasa ibunda mereka, besar kemungkina­n mereka akan kehilangan bahasa.

Sebenarnya kami tidak lama di Yala. Hanya singgah sebentar. Menyusuri kota yang selalu dikaitkan dengan pergolakan seperti yang selalu diberitaka­n oleh media massa namun kemudianny­a kami sedari, fakta yang terdapat di lapangan agak berlainan.

Perjalanan ke Yala adalah secebis pengalaman yang sukar dilupakan. Di sini,kami merasakan nuansa kemelayuan, gadis-gadis bertudung, lelaki berkopiah, kedai-kedai dan bangunan bertulis jawi tetapi berdepan masalah kehilangan bahasanya sendiri.

 ??  ??
 ??  ?? PROF Nik Rakib bersama keluarga sedang menikmati sup perut.
PROF Nik Rakib bersama keluarga sedang menikmati sup perut.
 ??  ?? MASJID Jamik Raudatul Jannah-masjid Besar Yala.
MASJID Jamik Raudatul Jannah-masjid Besar Yala.
 ??  ?? MOTOSIKAL salah satu pengangkut­an utana.
MOTOSIKAL salah satu pengangkut­an utana.
 ??  ?? SALAH satu rekabentuk bangunan di Yala.
SALAH satu rekabentuk bangunan di Yala.
 ??  ?? DI hadapan Yala Rajabhat University.
DI hadapan Yala Rajabhat University.
 ??  ?? PENIAGA tempatan menjual kain.
PENIAGA tempatan menjual kain.
 ??  ?? SUASANA di Bandar Yala.
SUASANA di Bandar Yala.
 ??  ?? STESEN Keretapi di Yala.
STESEN Keretapi di Yala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia