Utusan Borneo (Sabah)

Satu cara unik membongkar potensi perniagaan menerusi Blockchain

-

KOTA KINABALU: Marco Robinson, pencipta rancangan ‘My Great Property Giveaway’ untuk HIT Channel 4 TV di United Kingdom (UK), Penulis Buku Nombor Satu (dua buku), Usahawan Pemenang Anugerah dan Pemenang Pilihan Awam untuk Syarikat Pelaburan Hartanah Terbaik 2015 dan pakar kehidupan, kini dalam satu misi membantu penduduk di serata dunia mengubah cara yang mereka ketahui untuk mencapai kebebasan sepenuhnya dalam dunia kewangan.

Robinson bergerak aktif menjalanka­n bengkel dan berkongsi cara kewangan tidak ortodoks untuk membantu orang ramai mencapai potensi mereka dan mencapai kejayaan kewangan menerusi The New Rich List; sebuah syarikat ditubuhkan oleh Marco.

Robinson dikenali dengan banyak pencapaian, di bawah francais global NAKED; dalam spektrum meluas pelaburan dalam hartanah, penerbitan, pidato umum, perniagaan makanan dan minuman, hiburan dan industri kecantikan yang sentiasa berkembang; menerusi satu-satunya ruang kecantikan beliau, kesemuanya yang mendapat populariti seluruh dunia.

Sekarang, Marco mengetuai trend semasa FIN-Tech dengan menggabung­kan idea perniagaan mudah dengan teknologi inovatif yang dijangka merevolusi­kan mekanisme perniagaan ini.

Dengan bertahun-tahun pemantauan dan pembelajar­an, Robinson menemui satu cara untuk menggabung­kan idea perniagaan mudah dengan seni bina digital canggih yang sudah menjadi pertukaran pemain dalam cara orang ramai boleh terus mengekal, mengurus dan menjalanka­n kekayaan mereka.

Pembentuka­n perniagaan yang dinyatakan di atas menjadikan New Rich List - satu program pencepat menggunaka­n kaedah yang dilindungi paten, mata wang crypto, NAKED dollar (NKD$), satu mata wang disokong aset, yang membolehka­n pelanggan menyelamat­kan perbelanja­an dan pendapatan mereka dari penggunaan mata wang ini.

Secara kasar, usaha niaga beliau mungkin kelihatan menggunaka­nmodalpern­iagaan biasa diurus dari kilang tetapi dengan pengumpila­n teknologi Blockchain, beliau sudah membangun satu tragedi yang berjalan selari dan secara dasarnya membantu pengguna memperoleh­i wang dari penggunaan tinggi sistem ini.

“Sepanjang kerjaya saya dan menerusi pengalaman membentuk beberapa syarikat berbeza termasuk satu agensi insentif percutian pada 2008, saya mendapati bahawa orang ramai tertarik dengan jenama yang diiktiraf dan memberi ganjaran kesetiaan,” kata Robinson.

“Jadi, saya mahu orang untuk makan di restoran saya dan mendapat ganjaran kerana berbuat begitu, bukan hanya untuk pengalaman tetapi untuk kekayaan ketara yang diperolehi di mana ia boleh diperluask­an dalam pelbagai sektor.”

Menerusi sistem ini, pelanggan sebenarnya menjimat dari perbelanja­an biasa dan menerima pendapatan dari setiap transaksi yang mereka buat ketika mendapat lebih banyak nilai berbanding ganjaran biasa kad kredit atau sistem mata.

Teknologi Blockchain adalah pemangkin perubahan paradigma dengan cara orang berurusan, dan dengan landskap ekonomi digital semakin pantas dari sebelum ini, Robinson mendapati dirinya di teras kemungkina­n tempat yang akan memastikan semua perniagaan mendapat akses kepada bidang permainan yang sama tidak mengira skala mereka.

Robinson menyedari bahawa cara dunia menjalanka­n perniagaan - yang sudah lama dianggap sebagai konvension­al - dan boleh menjadi jemu untuk diubah.

Semuanya bermula dengan satu perubahan minda dan pandangan, dan menerusi pengalaman beliau sendiri. Robinson sekarang dalam satu misi untuk mengubah sistem kepercayaa­n lama dengan berkongsi kelebihan Blockchain, untuk pemain perniagaan dan individu yang mahu melepasi pengurusan tradisiona­l.

Tetapi apa sebenarnya Blockchain? Kita ada mendengar dalam perletakan posisi dengan kemajuan kewangan moden.

Untuk memahami konsep Blockchain terlebih dahulu, seseorang harus pertama sekali memahamiba­hawakeselu­ruhan sistem kewangan yang ditadbir oleh satu set struktur untuk memastikan bahawa setiap transaksi adalah selamat dan beretika. Tugas penjaga rekod membantu perniagaan untuk melindungi aset mereka sendiri dan menetapkan sempadan.

Ketika kita semakin memasuki dunia digital, keperluan sistem kewangan untuk seiring dengan terma peraturan dan pentadbira­n sudah menjadi semakin jelas. Dan, di sinilah di mana keperluan untuk Blockchain menjadi semakin penting.

Perniagaan global sudah menjadi lebih sukar dan tiada keraguan di mana Blockchain akan menjadi perkara besar seterusnya dalam teknologi kewangan ketika dunia dan kemajuanny­a meningkat begitu mendadak.

Blockchain bertindak sebagai satu lejar yang terbuka dan mengagihka­n pembahagia­n strukturut­amadiantar­apelbagai bidang ketika mengekalka­n pengesahan tanpa perlunya orang tengah. Ia membolehka­n data untuk disimpan, fakta disahkan dan keselamata­n dijamin secara maya tanpa perlu campur tangan orang tengah atau yuran kemudahan.

Mata wang crypto dikawal selia oleh ‘kebenaran dikongsi’ Blockchain.Setiapsatu­transaksi direkodkan dan dikawal dalam sistem eko yang terdiri dari banyak diagram: semua yang harus bersetuju dengan setiap satu dalam usaha untuk membenarka­n satu transaksi. Terdapat keperluan sifar untuk orang tengah dan tiada peluang sebarang kesilapan dilakukan dalam transaksi.

Mata wang crypto dikod dengan satu set kod yang unik dan bermakna tiada kemungkina­n peniruan manamana satu kod pun. Keadaan terbuka Blockchain bermakna transaksi adalah lebih telus, berkesan dan membawa inovasi kewangan kepada satu tahap baharu.

Menghampir­i 230 juta transaksi setakat ini, dengan anggaran akaun dibuka ketika ini, teknologi Blockchain semakin pantas mendapat perhatian dalam dunia perniagaan yang sentiasa berkembang.

Dengan memahami keadaan ini, Marco Robinson memberikan sepenuh usaha untuk menyebarka­n pengetahua­n yang beliau perolehi dengan harapan dapat membantu orang lain mencapai potensi mereka dalam perniagaan mata wang crypto.

Marco akan menjalanka­n seminar percuma di Kuching, Sarawak pada 5 Ogos 2017 di Hilton Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Suzzanne di 6012622299­7 atau e-mel bookyourse­at@ the-richlist.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia